pengganti telur

Pernah dengar orang kata tak boleh masak jika tiada telur, sedangkan ada bahan boleh digunakan sebagai pengganti telur.

Telur mempunyai gantian terbaik untuk anda teruskan memasak tanpanya dan bahan ini bertindak sama seperti tujuan telur yang digunakan dalam resipi itu.

Anda boleh gunakan sukatan untuk gantian iaitu 1 biji telur bersamaan ¼ cawan bahan gantian. Ini antara bahan pengganti telur yang perlu anda tahu. Jom kita tengok!

Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga

6 BAHAN PENGGANTI TELUR DALAM MASAKAN

1. Sos epal

pengganti telur

Sos epal ialah puri halus yang diperbuat daripada epal masak dan selalunya dimaniskan dengan rempah lain seperti buah pala dan kayu manis.

Ia boleh digunakan sebagai pengganti telur untuk buat muffin, pancake, biskut dan pencuci mulut.

2. Pisang lecek

pengganti telur

Pisang lecek merupakan alternatif rendah lemak terbaik atau vegan kepada telur. Namun, masakan anda boleh mempunyai rasa pisang yang lembut.

Oleh itu, ia lebih sesuai sesuai digunakan untuk buat kek, muffin dan brownies. Tapi ia tak boleh buat kek naik, jadi pastikan anda tambah sedikit serbuk penaik atau baking soda.

3. Avocado tumbuk

pengganti telur

Avocado, buah hijau ini sering digunakan sebagai campuran dalam makanan dan minuman. Jika avocado tumbuk, ia mempunyai tekstur berkrim.

Selain dapat gantikan telur, ia menjadikan rasa masakan lebih kaya dan sesuai digunakan untuk buat brownies.

4. Tauhu lembut

pengganti telur

Diperbuat dari kacang soya, tauhu lembut sesuai menjadi pengganti telur baik untuk diet. Ia mempunyai kandungan air yang tinggi dan teksturnya lebih lembut.

Walaupun rasanya agak tawar, namun ia boleh buat makanan yang dibakar padat dan berat, serta sesuai digunakan dalam brownies, biskut dan kek.

5. Susu butter

Susu butter memberikan kelembapan pada resipi sama dengan telur dan ia sering digunakan secara meluas dalam adunan kek, puding, topping makanan dan campuran minuman.

Rasa susu butter yang lemak berkrim menjadikannya sebagai pengganti telur yang sesuai ketika membuat kek.

6. Yogurt

Yogurt bertindak baik dengan agen penaik seperti baking soda. Anda boleh gunakan yogurt biasa untuk hasil terbaik dan ia sesuai sebagai pengganti telur untuk buat muffin, kek dan cupcake.

Sesetengah orang mempunyai alahan kepada telur, jadi kami harap anda boleh gunakan artikel ini sebagai rujukan yang berguna nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN