
Pada entri hari ini, kami ingin kongsikan satu resipi kek marmar coklat yang sangat mudah untuk dibuat meskipun anda baru berjinak dalam dunia baking.
Kek marmar atau nama kebiasaannya adalah kek marble memang sedap dinikmati lebih lagi sekiranya mempunyai tekstur yang lembut dan premium.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ain Abd Hamid di bawah ini.
Baca juga: Cara Simpan Baki Whipping Cream, Buat Macam Ini Agar Tak Mudah Rosak
RESIPI KEK MARMAR COKLAT
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan minyak jagung
- 2 sudu besar susu manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara Penyediaan:
1. Masukkan telur, gula, minyak jagung, susu manis, dan esen vanilla ke dalam blender. Kisar selama 1-2 minit.
2. Tuangkan campuran ke dalam bekas yang berisi tepung. Kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
4. Sediakan loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
5. Masukkan adunan secara berselang-seli ke dalam loyang sehingga habis. Goyangkan loyang untuk meratakan adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 50-60 minit atau sehingga masak.

Tip:
Untuk mendapatkan corak marble yang menarik, gunakan sudu atau lidi untuk membuat pusaran pada adunan sebelum dibakar.
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Buat Sendiri Serbuk Colek Ala Thai, Sedap Tak Boleh Bawak Bincang
Pekat & Power! Ini Rahsia Resipi Air Asam ‘Kaw’ Tak Cair, Rasa Memang Lebih Kick
Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini
Ibu Kongsi Resipi Daging Goreng Merah Padu, Anak Sampai Minta Nasi Tambah!
Resipi Pad Thai Macam Makan Di Thailand, Tak Sangka Mudah Je Cara Masak
Artikel Popular
Kek Marble Jelita Anti Gagal, Macam-Macam Corak Boleh Buat!
Resepi Shellout Homemade Yang Simple, Macam Ini Lebih Puas Makan
Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!
Gebunya Bikin Tergoda! Ini Resepi Cream Puff Kastard Yang Ramai Dah Cuba & Puji Sedap
Ayam Goreng Cornflakes Rangup, Budak-Budak Mesti Laju Nak Makan!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














