cara buat puding soya

Anda yang suka menikmati pencuci mulut di rumah kena tahu sebenarnya ada cara buat Puding Soya Gula Melaka yang cukup mudah tau.

Puding Soya Gula Melaka mempunyai rupa dan tekstur yang sama seperti taufu fa, tapi bezanya ia nikmat dimakan sejuk-sejuk manakala taufu fa sedap dimakan secara hangat.

Cik Puan Hana telah kongsikan cara buat Puding Soya Gula Melaka dengan langkah demi langkah melalui video di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

CARA BUAT PUDING SOYA GULA MELAKA

cara buat puding soya

Bahan-bahan puding:

  • 1 liter air soya sebarang jenama
  • 3 sudu kecil serbuk agar-agar clear

Bahan-bahan air gula:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, tuang air soya ke dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar clear, kemudian kacau-kacau dan masak sampai ia mendidih.

2. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang soya tadi ke dalam bekasnya kembali, kemudian buang buih-buih yang ada di permukaan.

3. Selepas itu, biarkan suam atau sejuk dan baru masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Bagi menyediakan air gula, masukkan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk.

5. Apabila gula sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh. Apabila gula sudah sedikit pekat, tutup api dan sejukkan ia.

6. Akhir sekali, keluarkan puding soya dari peti sejuk, masukkan ke dalam bekas, tuang air gula. Siap untuk dinikmati!

cara buat puding soya

Cara buat Puding Soya Gula Melaka ini cukup mudah dengan 5 bahan saja, siap dapat hasil lembut yang bergedik. Ditambah pula dengan gula melaka, menambahkan lagi kelazatannya.

Apa yang membuatkan Puding Soya Gula Melaka ini nampak menarik dan lain dari pencuci mulut yang lain adalah ia boleh dimakan sejuk-sejuk pada bila-bila masa yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Hana

Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Lalu Di Tekak Terasa Sejuk Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN