cara nak masak nasi

Sebelum mula memasak, apa-apa pun anda mesti tahu cara nak masak nasi dengan betul supaya nasi masak elok dan berderai.

Memasak nasi memang nampak mudah, tapi tahukah anda sebenarnya sampai sekarang masih ramai yang gagal masak nasi dengan sempurna?

Kadangkala, nasi yang dimasak menjadi mentah atau terlalu lembik dan ia tak sedap untuk dimakan dan boleh memotong selera.

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Bukan setakat tak cantik apabila dihidang, malah nasi yang melekat dan terlalu lembik nampak tak menyelerakan kerana tak boleh digaul dengan kuah atau lauk-pauk dengan baik.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang berkahwin, apabila ibu mentua meminta anda untuk masak nasi dan hasilnya tak seperti yang diharapkan, memang malu dibuatnya.

Ramai yang berfikir bahawa cara nak masak nasi yang sempurna harus menggunakan beras mahal kerana lebih terjamin dan berkualiti, sedangkan itu tak semestinya.

Walaupun menggunakan beras biasa, anda masih boleh dapat hasil nasi umpama beras mahal jika anda mengikuti petua menarik di bawah. Jom cuba!

CARA NAK MASAK NASI GUNA BERAS BIASA

1. Basuh beras sehingga bersih dalam periuk nasi.

cara nak masak nasi

2. Kemudian, sukat air seperti biasa.

3. Sebelum beras ditanak atau dimasak, letak satu sudu kecil minyak makan ke dalam beras yang nak dimasak.

4. Masak seperti biasa. Siap untuk digunakan!

cara nak masak nasi

Setelah menggunakan petua ini, anda akan terkejut dengan hasilnya kerana nasi yang dimasak tadi akan jadi relai satu demi satu, tak melekat umpama menggunakan beras mahal.

Anda boleh gunakan cara nak masak nasi ini dengan menggunakan apa-apa saja jenis beras yang dibeli selepas ini. Bukan setakat lebih jimat, makan pun puas hati.

Jangan lupa untuk kongsikan petua berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan dan kami jamin anda akan berjaya untuk memasak nasi dengan lebih sempurna selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fatim

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN