Ramai yang suka buat kek coklat moist, tapi sebenarnya ada lagi kek lain yang sedap dan mudah seperti resepi Kek Coklat Cheese.
Resepi Kek Coklat Cheese yang dikongsikan oleh Sarina Seman di Facebook ini nampak mudah tapi cukup mengiurkan. Jom cuba!
Baca juga: Kek Sarang Semut Kukus, Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang
RESEPI KEK COKLAT CHEESE
Bahan-bahan untuk kek coklat:
- 1 cawan susu pekat*
- 1 cawan susu cair*
- ½ sudu teh garam*
- 1 cawan butter cair atau minyak jagung*
- 1 cawan cocoa powder*
- 4 biji telur saiz sederhana
- 1 cawan gula*
- 1 sudu teh rata serbuk penaik
- Secawan tepung gandum
- 1 sudu teh rata soda bikabornat
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara penyediaan kek coklat:
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih).
3. Tutup api, rehatkan sebentar.
4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
5. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
6. Tuang ke dalam loyang bersize lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
7. Bakar pada suhu 180’C selama 23 hingga 30 minit, boleh juga dikukus .
Bahan-bahan untuk cream cheese:
- 250 gram cream cheese (suhu bilik)
- 200ml dairy whipping cream (sejuk)
- 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara penyediaan cream cheese:
1. Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang.
2. Masukkan whipping cream, pukul hingga gebu.
Bahan-bahan untuk chocolate ganache:
- 250 gram Beryls dark choc
- 250ml Dairy Awhipping cream
- 2 sudu besar mentega
Cara-cara penyediaan chocolate ganache:
1. Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih).
2. Tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.
Cara-cara menyempurnakan resepi Kek Coklat Cheese:
1. Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama, cream cheese pada lapisan kedua dan kek coklat pada lapisan ketiga.
2. Pada lapisan paling atas, ratakan chocolate ganache sehingga menutupi semua bahagian.
3. Akhir sekali, tabur choc flakes, choc nibs atau choc rice. Sejukkan. Siap untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Sumber: Sarina Seman
Baca juga: Kek Karamel Pelangi, Kombinasi Puding Dan Kek Yang Lembut Serta Gebu