apam coklat kukus

Tak dinafikan ramai di antara mereka yang suka buat kuih pada masa lapang seperti Apam Coklat Kukus yang sangat mudah.

Apam Coklat Kukus merupakan salah satu resipi apam yang disukai ramai, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Oleh disebabkan cara buatnya cukup ringkas tanpa jalan kerja yang sukar, ia menjadi salah satu snek menarik yang sering dijual oleh peniaga secara dalam talian.

Diana Aswad telah sudi kongsikan cara buat Apam Coklat Kukus yang mudah tapi hasil gebunya cukup mengejutkan. Jom cuba!

Baca juga: Apam Johol, Begini Cara Bungkus Guna Daun Rambai Supaya Hasil Gebu

RESIPI APAM COKLAT KUKUS

apam coklat kukus

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • Esen vanila
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan minyak masak

Bahan-bahan ayak:

Cara-cara:

1. Mixerkan semua dalam masa 4 hingga 5 minit.

2. Sapukan minyak pada bekas lompang dan letakkan adunan dalam bekas (jangan penuh sangat, jangan sikit sangat)

apam coklat kukus

3. Panaskan periuk kukus, kemudian kukus dalam 15 minit. Siap untuk dihidang!

Jika anda nak hasil Apam Coklat Kukus yang nampak lebih menarik, boleh taburkan sprinkles yang berwarna-warni.

apam coklat kukus

Anda juga boleh rajinkan diri untuk buat chocolate ganache dan jadikannya sebagai topping yang meleleh, silap-silap tengok pun sampai kecur air liur.

Resipi ini sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan snek ringan untuk minum petang di rumah dan semestinya keluarga anda akan suka nanti.

Manalah tahu anda tiada idea pencuci mulut untuk majlis, jamuan atau potluck, bolehlah buat resipi ini yang tak susah mana pun caranya.

Senang cerita, orang yang tak pernah buat kuih apam pun pasti dapat hasil yang elok dan gebunya menjadi jika ikut resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Diana Aswad

Baca juga: Kuih Apam Mekar Anti Gagal, Ini Rahsia Jadikan Hasil Kembang Cantik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN