cream crackers

Apabila teringin nak makan cream crackers cicah teh tetapi tak ada masa nak beli, membuatnya sendiri adalah jawapannya. Kurang dari 20 minit penyediaannya.

Dengan membuat sendiri, anda boleh menyesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Resipi ini menghasilkan biskut yang lebih lemak berbanding yang dibeli.

Jangan lupa untuk mencucuk-cucuk dengan garfu supaya rupa biskut sama seperti yang dibeli.

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Rupanya Tidak Perlu Perap Doh!

RESIPI CREAM CRACKERS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar mentega (jangan guna minyak)
  • 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sayuran
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
  • 1/4 cawan susu penuh krim

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Susu penuh krim mungkin tidak perlu digunakan sepenuhnya, cukup sekadar untuk mendapatkan doh yang elok.

3. Canaikan doh hingga nipis.

4. Bahagikan doh kepada beberapa kepingan yang kecil dan sama saiz. Resepi ini biasanya menghasilkan sekitar 18 keping.

5. Cucuk setiap kepingan doh dengan garfu untuk memberikan rupa yang sama seperti biskut cream crackers yang dibeli.

cream crackers

6. Panaskan oven pada suhu 150°C.

7. Bakar biskut selama lebih kurang 10-15 minit sehingga kekuningan.

8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.

Sekarang, cream crackers homemade anda sudah siap dan boleh dinikmati dengan teh atau kopi.

Selamat mencuba!

Sumber: AJ Idris 

Baca juga: Cara Buat Cucur Tempe Pedas, Orang Yang Tak Suka Tempe Pun Cakap Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN