pulut kacau

Pulut Kacau mempunyai nama yang unik dengan rasa yang sangat klasik, biasanya orang dulu-dulu yang suka buat pencuci mulut ini.

Orang yang berasal dari negeri di bahagian utara Semenanjung Malaysia memanggilnya Pulut Kacau, tapi jika di negeri lain, ia disebut sebagai wajik.

Afeefah Ahmad telah kongsikan resipi di Facebook yang diperoleh daripada ibunya, siap ada petua untuk diikut. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tak Letak Santan Pun Sedap!

RESIPI PULUT KACAU

pulut kacau

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Basuh bersih beras pulut wangi dan rendam dalam masa 2 jam ke atas, kemudian toskan.

2. Selepas itu, kukus dahulu sehingga pulut kembang, kemudian ketepikan.

3. Masak air gula dengan gula merah hitam dalam kuali, tambahkan secawan air. Letak daun pandan supaya lebih wangi. Setelah masak, tapiskan.

4. Guna kuali lain, masak santan segar bersama air gula yang telah ditapis tadi sehingga betul-betul pekat.

5. Setelah pekat, masukkan pulut yang telah dikukus tadi, tapi jangan tutup api dapur dahulu, cuma perlahankan saja.

6. Ratakan pulut dan gaul dalam kuali sehingga pulut sebati dengan air gula santan tadi.

7. Setelah nampak pulut rata, barulah tutup api dapur dan tuang dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

pulut kacau

Ini antara petua memasak Pulut Kacau yang dikongsikan oleh Afeefah Ahmad daripada ibunya:

  • Jika nak gula merah berlinang dan tak serap dek pulut air gula merah tak boleh cair dan kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali dengan santan.
  • Pastikan santan dan air gula betul-betul pekat, baru tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat, jangan masukkan pulut dahulu.
  • Selepas masukkan air gula santan dengan pulut, kacau jangan sampai kering, cukup sekadar pulut sebati dengan air gula saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Afeefah Ahmad

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN