resepi mee kuah

Resepi mee kuah lada hitam ini cukup ringkas, tapi boleh mengenyangkan perut untuk makan malam.

Mi sup begini pasti digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak suka mi, boleh gantikan dengan mihun, kuetiau dan sebagainya.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Hazlina Othman di bawah.

Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak

RESEPI MEE KUAH LADA HITAM

Bahan-bahan tumbuk:

  • Bawang putih – 4 ulas
  • Lada hitam – 1 sudu kecil

Bahan-bahan lain:

  • Mee – 1 bungkus (dibasuh & ditoskan)
  • Telur – 2 biji
  • Sayur sawi @ kobis – dipotong
  • Lada besar – 1 biji (dihiris)
  • Isi ayam @ udang @ sotong
  • Air – 1 1/2 mangkuk besar
  • atomato – 1 biji (dipotong)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk.
2. Kacau dan masukkan isi ayam, udang atau sotong mengikut selera.
3. Kacau sekata dan masukkan pula air serta sedikit sos tiram.
4. Biarkan sehingga mendidih & bila sudah mendidih bolehlah dimasukkan telur.
5. Biarkan telur masak seketika dan membentuk. Kemudian angkat dan asingkan.
6. Masukkan pula mee, sayur sawi dan hirisan tomato, kemudian perasakan dengan garam.
7. Biarkan mendidih, masukkan pula hirisan cili merah besar dan cili padi.
8. Kacau dan masukkan telur yang sudah dimasak tadi.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nur Hazlina Othman

Baca juga: Cara Masak Mee Kicap Paling Simple, Sesuai Untuk Makan Malam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN