ayam ungkep

Menu hari ini ialah resipi ayam ungkep, tetapi dengan sedikit kelainan. Biasanya, ayam ungkep menggunakan cili padi, tetapi kali ini kita menggunakan cili kering.

Walaupun berbeza, rasanya tetap sedap! Bolehlah dijadikan menu tengahari nanti di rumah.

Jom baca resipi perkongsian oleh pengguna laman sosial muka buku di bawah ini.

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

RESIPI AYAM UNGKEP

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (lumurkan dengan kunyit dan garam)

Bahan-bahan untuk kisar:

  • Cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) atau cili padi merah (sekitar 20 biji, bergantung kepada tahap kepedasan yang diinginkan)
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 inci kunyit

Bahan Lain:

  • Serai (dititik)
  • Asam keping

Cara Penyediaan:

1.  Tumis bahan-bahan yang telah di-blend bersama serai sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan ayam yang telah dilumur dengan kunyit dan garam, serta sedikit air.

3. Masukkan asam keping ke dalam periuk.

4.  Masak dengan api kecil dan tutup periuk dengan tudung. Pastikan untuk rajin-rajin memeriksa dan mengacau supaya tidak hangus.

5. Tambahkan garam dan perasa (jika suka, kerana ada orang yang tidak suka menggunakan perasa).

6.  Masak sehingga kuah kering. Jika suka berkuah, tambahkan lebih banyak air.

Sumber: Nur Fatehah Abdulkarim

Baca juga: Resipi Puding Biskut Krim Kraker, Makan Sejuk-Sejuk Memang Ralit!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN