Ramai kata buat Kole Kacang sangat mencabar, tapi sebenarnya ada resipi yang sesuai untuk mereka yang kali pertama membuatnya tau.
Kole Kacang adalah antara kuih lama yang biasa dibuat oleh orang-orang yang duduk di kampung, tapi sampai sekarang masih ada yang membuatnya.
Buat anda yang tak pernah buat Kole Kacang sebelum ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Sue SarangHae II di Facebook.
Baca juga: Kuih Puteri Ayu Anti Gagal, Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Bantat
RESIPI KOLE KACANG
Bahan-bahan tahi minyak:
Bahan-bahan air gula:
Bahan-bahan bahagian badan:
- 125ml santan pekat
- 100gram tepung kacang hijau
Cara-cara:
1. Mula-mula, buat tahi minyak dahulu. Masak santan pekat, garam dan minyak kelapa atas api dapur sehingga menjadi tahi minyaknya, kemudian ketepikan.
2. Kacau semua bahan air gula sehingga sebati dan hancur, kemudian tapiskan untuk mengelakkan benda asing berada dalam adunan kuih.
3. Kemudian, bancuh santan pekat dan tepung kacang hijau bersama air gula tadi sehingga sebati.
4. Masak atas api dapur yang sederhana dan pastikan adunan selalu dikacau sehingga jadi pekat dan berkilat.
5. Tambah 2 sudu besar minyak kelapa daripada proses buat tahi minyak tadi, kemudian alaskan loyang 6 inci dengan plastik dulu supaya mudah dibawa keluar nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan untuk dapat permukaan sekata.
7. Terus letak tahi minyak tadi, wajib letak masa panas-panas.
8. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum potong. Siap untuk dihidang!
Setelah siap buat Kole Kacang ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang cukup berbaloi dengan rasa berlemak manis.
Tahi minyak itu jika dibuat banyak pun tak mengapa kerana selain buat Kole Kacang, ia boleh digunakan untuk buat sambal juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Sue SarangHae II
Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli