roti arab

Selalu pesan Roti Arab di kedai mamak atau restoran makanan Arab tapi tak ramai yang tahu sebenarnya ada cara mudah untuk buat di rumah tanpa bakar.

Roti merupakan makanan ruji buat orang Arab dan selain Roti Arab, terdapat juga roti puri yang enak dimakan.

Apa yang membezakan kedua-dua roti ini adalah pada teksturnya, iaitu roti puri lebih rangup, manakala Roti Arab sangat lembut.

Resipi menarik yang dikongsikan oleh Noor Ali di Facebook ini nampak gebu dan sangat menyelerakan, siap ada cara yang mudah dan ringkas untuk membuatnya tanpa bakar. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!

RESIPI ROTI ARAB

roti arab

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 paket yis
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 paket tepung gandum (cap ros 850gm)
  • 1 sudu besar bread softener
  • 2 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Mula-mula bancuh semua bahan, kemudian tutup rapat dan biarkan yis kembang selama 10 minit.

2. Apabila yis sudah kembang, uli doh selama 20 minit, kemudian tutup doh dalam bekas kedap udara selama 40 minit.

3. Setelah doh sudah mengembang, keluarkan dan uli untuk buangkan angin.

4. Bahagikan doh kepada 16 bahagian, kemudian bulat-bulatkan doh dan canai.

5. Masak atas non-stick pan selama 3 hingga 5 minit dan tutup dengan penutup periuk atau kuali, kemudian balik-balikkan sehingga masak sekata.

6. Simpan dalam bekas kedap udara, tapi jangan terdedah pada kipas supaya elak menjadi kering. Siap untuk dinikmati!

roti arab

Roti Arab ini boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti cicah bersama kari, sapu dengan kaya dan mentega atau apa saja yang sesuai dengan citarasa.

Kami yakin anda akan puas hati apabila mendapat hasilnya yang lembut dan gebu dengan resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ali

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN