tip rajin memasak

Kami faham kadang kala, mood nak memasak itu memang liat nak datang. Jadi, hari ini jom ikut 5 tip rajin memasak setiap hari.

Soalkan diri sebab sebenarnya untuk rajin memasak setiap hari. Mungkin sebagai ibu, masakkan ini akan menjadi memori gembira untuk anak dan suami. Kalau bujang pula, dapat jimat berpuluh ringgit sehari berbanding makan di luar.

Mari baca perkongsian di bawah.

Baca juga: Cara Ubah Mentaliti Malu Bawa Bekal, Confirm Tak Kena Sakat!

TIP RAJIN MEMASAK SETIAP HARI

1. Pastikan dapur sentiasa kemas

tip rajin memasak

Perkara ini penting untuk naikkan perasaan rajin. Kemas dan bersihkan dapur yang meliputi sinki, table top dan lantai dapur. Pinggan yang sudah dibasuh perlu disusunkan dalam laci dan segera membuang sampah. 

Jika semua dah selesai, barulah best nak memasak.

2. Peti sejuk sentiasa bersih

tips rajin memasak

Kemas dan bersihkan peti sejuk. Pastikan tiada sisa baki makanan yang dah rosak atau tamat tempoh. Bayangkan kalau peti ais dalam keadaan sepah dan banyak bahan dah tak pakai, mesti mood nak masak terus hilang.

Jadi, rajin-rajin kemas nanti automatik perasaan gembira untuk masak akan datang.

3. Sediakan stok bahan kisar

Kalau bahan kisar selalu ada, cepat sahaja masa untuk memasak. Tak perlu habiskan masa untuk potong bawang, cili dan sebagainya. Bahan kisar yang patut disediakan adalah cili, bawang besar, bawang putih dan halia. 

Letak dalam bekas kedap udara dan sejukkan. Ini juga sangat membantu ibu-ibu yang berkejar masa untuk memasak.

4. Rancang menu untuk seminggu

Setiap hujung minggu, apa kata anda sudah rancang siap-siap menu untuk minggu seterusnya. Sediakan bahan yang nak masak atau bahasa mudahnya prepping terlebih dahulu. Bahan beku seperti ayam atau ikan, letakkan di bahagian chiller

Barulah bila buka peti ais itu, rasa senang hati sebab bahan semua dah prepare awal! Menu pun sediakanlah yang mudah-mudah.

5. Sambil memasak, sambil mengemas

Wanita dilahirkan untuk pandai membuat banyak kerja dalam satu masa. Oleh itu sambil anda menunggu lauk masak, curi-curi masa untuk mengemas juga. Tapi, janganlah leka nanti hangus pula makanan. 

Jadi, lauk anda akan siap selari dengan dapur dah bersih. Senang sahaja, kan? Hati pun turut sama gembira dan tidak letih.

Ada 5 tips atas ini yang harapnya dapat membantu anda lebih rajin ke dapur selepas ini. Namun, kerajinan ini harus dipupuk dalam diri sendiri. 

Selamat memasak!

Sumber: Reen.Izar, The Tidy Tales

Baca juga: Idea 10 Menu Untuk Bekal Sekolah Anak, Bila Balik Nampak Bekas Dah Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN