kacang buncisNenek pesan kalau nak cantik kena rajin makan sayur. Ha, siapa yang perlukan resipi sayur boleh cuba menu kacang buncis ini. Rangup serta sedap!

Sayur ini sedap kalau tumis simple sahaja. Tak perlu berenyah nak buat pelbagai menu. Cukup tumis sahaja pun dah sedap.

Kalau suka belacan, boleh tambahkan sedikit dalam resipi ini. 

Jom baca perkongsian menerusi laman sosial Facebook di bawah ini.

Baca juga: Gulai Udang Dengan Tempe Dan Buncis, Mudah Dan Sedap!

RESIPI KACANG BUNCIS

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg kacang buncis, potong serong
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 sudu cili kisar
  • Garam dan aji secukup rasa
  • Sedikit gula

Cara Penyediaan:

1.  Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) hingga lumat.

2.  Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap, jangan sampai garing.

3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali. Tumiskan hingga kekuningan.

4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau.

5. Masukkan sayur, garam, aji, dan gula secukup rasa. Masak hingga agak lembut.

6. Tutup api dan hidangkan.

kacang buncis

Selamat mencuba!

Senang sahaja, kan? Menu yang sederhana tapi sangat mengiurkan sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Sumber: Resepi Kampung

Baca juga: Resipi Sambal Jawa Asli, Sekali Cuba Pasti Akan Nak Lagi & Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN