ikan patin tempoyak

Ikan patin tempoyak adalah hidangan popular di Malaysia, terutama di Pahang. Kuah tempoyak yang masam dan pekat menjadikan hidangan ini istimewa. 

Memasak ikan patin tempoyak yang pekat tidak susah jika anda tahu caranya. Banyak orang menghadapi masalah kuah cair, tetapi dengan petua yang betul, anda boleh mengatasinya.

Oleh itu, mari ikuti panduan ini untuk mencuba dan menikmati patin tempoyak yang pekat di rumah. Selepas ini, anda tidak perlu makan di kedai lagi!

Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang ‘Urat’ Ini Sebelum Dimasak

RESEPI IKAN PATIN TEMPOYAK

Bahan-bahan:

  • Ikan patin
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Tempoyak durian
  • Garam
  • Asam keping (jika tempoyak sudah cukup masam, tidak perlu letak)
  • Air (saya guna 1½ gelas sahaja)
  • Daun kunyit (dipotong halus)

Cara memasak:

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sehingga lumat.
  2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, biarkan mendidih.
  3. Masukkan tempoyak dan tunggu sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan ikan.
  5. Kecilkan api dan renehkan kuah, tunggu sehingga ikan masak.
  6. Masukkan daun kunyit.
  7. Jika kuah sudah pekat, tutup api dan siap.

Petua untuk kuah pekat elok dan tidak cair:

  • Air jangan banyak sangat, cukup sekadar ikan tenggelam sahaja
  • Tempoyak perlu diletakkan lebih banyak supaya kuah menjadi pekat
  • Kuah perlu direneh lama sedikit dengan api yang kecil supaya pekat

Dengan mengikuti resipi dan petua-petua ini, ikan patin tempoyak anda akan menjadi lebih pekat dan lazat. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hana Ismail

Baca juga: Resipi Sup Ikan Patin Yang Lain Dari Lain, Ikut Cara Ini Dijamin Tak Hanyir Langsung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN