resepi putu piring

Ramai yang suka kuih tradisional seperti Putu Piring tapi tak ramai yang tahu sebenarnya resepi Putu Piring sangat ringkas dan mudah dibuat di rumah.

Putu Piring merupakan sejenis kuih berasal dari Kerala dan Tamilnadu, India yang diperbuat daripada tepung beras berintikan nisan atau gula Melaka.

Putu diambil daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras kerana bentuknya seperti piring dan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas.

Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut

Ia akan diletak di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut. Terdapat juga Putu Piring yang dicampur kunyit menjadikannya berwarna kuning.

Sebenarnya selain Putu Piring, ada juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu dan kesedapan semua kuih ini tak disangkal lagi.

Resepi Putu Piring yang dikongsikan oleh Ieda Shaiful sangat mudah dengan menggunakan 3 bahan saja. Jom cuba!

RESEPI PUTU PIRING

resepi Putu Piring

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung beras dan air sebati sehingga jadi berpasir, kemudian ayak untuk dapatkan tekstur yang lebih halus.

resepi Putu Piring

2. Ambil acuan lompang dan bolehlah masukkan adunan tepung sedikit, diikuti dengan gula merah atau gula melaka, kemudian masukkan adunan tepung semula sehingga penuh acuan.

3. Ulang langkah yang sama sehingga adunan tepung habis digunakan.

4. Akhir sekali, bolehlah dikukus selama 15 minit. Semasa kukus, tutup dengan kain untuk mengelakkan wap jatuh. Siap untuk dinikmati!

Resepi Putu Piring ini boleh digunakan bersama kelapa parut yang dicampur dengan garam. Apabila makan, terasa manis dan masin yang sangat memikat selera.

Anda boleh jadikan Putu Piring ini sebagai hidangan sarapan atau minum petang dan kami yakin keluarga anda akan menyukainya.

Selain menggunakan acuan lompang, anda boleh juga gunakan resepi Putu Piring dengan acuan bentuk lain yang lebih cantik dan kreatif.

Selamat mencuba!

Sumber: Ieda Shaiful

Baca juga: Resepi Kuih Nagasari Paling Mudah, Lembut Dan Kenyal Bila Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN