Salah satu hidangan frozen yang anda boleh buat sendiri adalah bebola daging. Maklumlah, kalau beli luar, belum tentu sihat, kan?
Kalau hasil tangan sendiri sudah tentu bahan yang digunakan juga mesti dari sumber yang berkhasiat dan tanpa sebarang pengawet.
Budak-budak juga boleh makan. Lebihan bebola itu boleh buat pelbagai jenis hidangan yang lain seperti bakso, kuetiau, makan bersama nasi ataupun mihun.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Anis Fadliyana Abd Majid menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Kek Durian Dengan Cara Mudah, Isi Durian Lebih Terasa Asli Di Dalam!
RESIPI BEBOLA DAGING
Bahan-bahan:
- Daging (kisarkan bersama bawang – tiada sukatan tepat, agak-agak sahaja)
- Lada sulah secukup rasa
- Telur (saya guna sebiji)
- Garam secukup rasa (boleh juga tambah gula atau perasa ikut citarasa)
- Tepung gandum (saya guna sesudu besar)
Cara-cara penyediaan bebola daging:
1. Kisar daging bersama bawang hingga halus.
2. Masukkan lada sulah. Anda boleh tambah rempah atau sayur seperti carrot atau batang saderi, tetapi jangan terlalu banyak supaya isi daging lebih menonjol.
3. Masukkan telur dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan melekat dan boleh dibentuk.
5. Bentukkan adunan menjadi bebola atau bentuk seperti daging burger.
6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola. Rebus sehingga bebola timbul dan masak.
Penyediaan sup bebola daging:
1. Tumis bahan untuk sup sekejap dan masukkan air.
2. Bila air mendidih, masukkan bebola yang telah direbus tadi.
3. Masak hingga bebola daging masak sepenuhnya.
4. Taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng di atas sup.
Tip:
- Buat lebih dan bekukan. Boleh digunakan nanti untuk kuah bolognese atau carbonara.
- Alang-alang kisar daging, buat lebih dan simpan dalam freezer. Daging kisar ini boleh digunakan untuk pelbagai hidangan lain seperti pad kra pao, inti karipap, dan banyak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Anis Fadliyana Abd Majid
Baca juga: Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!