laksa lemak

Selain laksa penang dan laksa johor, sebenarnya ada pelbagai jenis laksa lain yang sedap. Salah satu resipi laksa yang mak-mak boleh cuba adalah Laksa Lemak Siam.

Menu ini cukup terkenal di Thailand dan kini digemari oleh rakyat Malaysia juga. Rasa kuahnya hampir sama dengan laksa lemak, tetapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas. Selain itu, rasa masam dan manisnya juga lebih terasa.

Jika ada yang ingin mencubanya, boleh lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Peniaga Ini Dedah Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Memang Betul-Betul Umphhh!

RESIPI LAKSA LEMAK THAI

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan kembong/selayang direbus (asingkan isinya dan kisar sampai halus)
  • Cili giling/ cili kering kisar 2 sudu
  • Asam keping 2-3 keping
  • Daun selasih atau thai basil 2-3 tangkai
  • Daun limau purut 2@3 helai
  • Santan 3-4cawan
  • Air secukupnya
  • Bawang merah 10 bji*
  • Serai 3 batang*
  • Lengkuas 2 inci*
  • Halia 2 inci*
  • Kunyit 2 inci*
  • Belacan*

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) sehingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila dah panas, masukkan bahan kisar tadi dan juga cili kisar. Kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang sudah dikisar. Kacau lagi sampai sebati.
  4. Selepas itu, terus masukkan air secukupnya. Pastikan kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sampai mendidih sambil dikacau. Jangan tak kacau, nanti kuah berketul-ketul.
  7. Bila dah mendidih, boleh tutup api.
  8. Hidangkan bersama ulam-ulaman seperti dalam gambar serta laksa siam. Jika tiada, boleh ganti dengan ulam lain dan laksa halus yang biasa.laksa lemak
  9. Ulam jangan dipotong seperti laksa biasa, bila nak makan baru diambil sedikit-sedikit letak ke dalam pinggan.
  10. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sri Sal

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN