cara simpan udang

Jom belajar cara simpan udang yang sudah siap dikupas dengan betul. Barulah sentiasa segar dan kenyal walaupun sudah lama dibekukan.

Stok udang ini sangat berguna kerana memudahkan kerja mak-mak untuk memasak. Tidak kira mahu membuat nasi goreng, tumis sayur, mi goreng atau sebagainya.

Selepas selesai menyiang udang dan mengupas kulitnya, ada petua yang perlu dilakukan sebelum membekukan udang tersebut di dalam peti sejuk.

Jika mahu digunakan, anda hanya perlu nyahbekukan udang tersebut. Kemudian, sudah boleh digunakan untuk memasak pelbagai menu menarik.

Baca juga: Cara Terbaik Pilih Udang Segar Di Pasar Raya, Perhati 4 Tanda Ini

CARA SIMPAN UDANG KUPAS

Berikut merupakan perkongsian oleh Mary Teo Lee Na berkenaan cara simpan udang:

“Mari sy share tips cara saya menyimpan stok udang supaya sentiasa segar dan kenyal.

Senang untuk kegunaan nanti. Masak nasi goreng, tumis sayur, keluarkan dari peti defrost dah boleh masak.”

Ini tipsnya:

1. Basuh bersih udang yang sudah dikupas kulit.

2. Cuci bersih udang dan masukkan ke dalam bekas.

3. Letakkan sedikit garam dan air sehingga tenggelam kesemua udang.

cara simpan udang

4. Tutup bekas dan simpan ke dalam peti sejuk.

5. Bila mahu masak, keluarkan dan defrost.

6. Bilas sebelum digunakan.

Sumber: Mary Teo Lee Na

Baca juga: Cara Buat Udang Kering Homemade Guna Oven, Tak Perlu Jemur!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN