pisang butter sos kastard

Banyak pencuci mulut menggunakan pisang sebagai bahan utamanya dan salah satunya adalah resipi Pisang Butter Sos Kastard yang sedap.

Antara pencuci mulut berasaskan pisang yang disukai ramai ialah kek pisang, puding pisang, pengat pisang, aiskrim pisang dan banyak lagi.

Sesetengah orang lebih suka buat pisang goreng, tapi sekali-sekala pasti anda nak sesuatu hidangan lain dari yang lain untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Tambahan pula jika mempunyai anak yang cukup cerewet bab makan, memang pening kepala mak-mak dibuatnya.

Tak dinafikan ramai yang suka makan kuih goreng pada waktu petang, tapi pencuci mulut juga tak kalah hebatnya di hati sesetengah orang.

Kali ini kami kongsikan resipi Pisang Butter Sos Kastard oleh Fatien Zaini yang mendapat perhatian ramai di di Facebook. Jom cuba buat di rumah!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

RESIPI PISANG BUTTER SOS KASTARD

pisang butter sos kastard

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • Butter
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula (ikut kemanisan yang anda nak)
  • 1 biji kuning telur
  • Mixed fruit
  • 1 daun pandan

Cara-cara:

1. Cairkan sedikit butter di dalam kuali non-stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan.

2. Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.

3. Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

4. Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit.

pisang butter sos kastard

Resipi Pisang Butter Sos Kastard ini sangat disukai ramai kerana sedapnya yang luar biasa bersama kuah pekat dan likat yang pastinya cair di mulut.

Anda juga boleh gunakan resipi ini sebagai idea pencuci mulut untuk hidangkan kepada tetamu yang semestinya mereka akan makan sampai piring licin.

Minum petang yang ringkas bersama pencuci mulut yang sedap seperti ini semestinya menjadi pilihan ramai terutamanya mak-mak.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatien Zaini

Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN