Tengah seronok skrol media sosial, tiba-tiba ada rakan yang kongsi gambar Pizza yang mengiurkan. Waktu inilah ramai akan mula cari resepi doh Pizza yang mudah.
Pizza merupakan makanan yang sangat popular bukan saja di Amerika Syarikat dan Itali, malah ia juga terkenal di kalangan orang Malaysia.
Kadangkala terlalu sibuk dengan urusan harian sampai tiada masa untuk memasak, jadi ramai yang akan memilih untuk makan Pizza yang sedap.
Baca juga: Pizza Mini Comel, Bukan Setakat Anak Suka, Bapa Anak Pun Suka!
Tak kira golongan, bangsa dan usia sekalipun, boleh dikatakan Pizza sangat diminati sebagai makanan yang cukup santai bagi menggantikan sajian utama.
Walaupun Pizza ini nampak seperti makanan yang ringkas, namun ia cukup mengenyangkan.
Kami cuba cari resepi doh Pizza dan akhirnya terjumpa perkongsian daripada Noriza Zainal Abidin di Facebook yang mudah dan menarik. Jom cuba!
RESEPI DOH PIZZA FROZEN
Bahan-bahan:
- 1100gm tepung roti
- 11gm yis
- 60gm minyak masak
- 25gm gula pasir
- 1 biji telur
- 590gm air
- ½ sudu teh oregano
- 1 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Campur semua bahan dalam mixer dan uli selama 15 minit.
2. Timbang doh sebanyak 150gm dan letak dalam acuan pai 7 inci, kemudian biar adunan naik sekali ganda.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150°C dengan anggaran masa selama 15 minit. Siap!
Resepi doh Pizza ini akan menghasilkan sebanyak 12 keping yang lembut dan sangat puas hati.
Jika tak sabar untuk mencubanya, anda boleh terus letak hiasan seperti sosej hiris, crabstick, cendawan, bawang dan keju mozzarella di atas doh sebelum membakarnya.
Paling seronok dengan resepi doh Pizza ini, anda boleh jadikannya sebagai stok sejuk beku di rumah dan guna pada bila-bila masa saja.
Sesetengah orang lebih sukakan doh yang lebih nipis, oleh itu anda hanya perlu kurangkan berat doh tersebut. Mudah bukan?
Selamat mencuba!
Sumber: Noriza Zainal Abidin
Baca juga: Mini Pizza Guna Roti Gardenia, Bekal Sekolah Ini Mesti Anak Suka!