kek hati pari

Masih ingat lagi sewaktu bercuti ke Sarawak, semestinya kita akan beli kek lapis sebagai buah tangan. Walaupun ada banyak kek berwarna-warni, ia tetap tak boleh lawan Kek Hati Pari.

Ia sangat popular di Sarawak kerana warnanya coklat kehitaman dengan rasa masam manis yang lazat, sampaikan ia dianggap sebagai raja segala kek Sarawak.

Inilah juadah yang wajib ada setiap kali majlis perayaan di Sarawak. Suasana terasa tak sempurna tanpa kek ini, lebih-lebih lagi pada pagi Syawal.

Kek ini dipanggil Kek Hati Pari kerana ramuan asasnya iaitu kismis dan gula perang serta tepung gandum menjadikan warnanya seperti warna hati ikan pari.

Nak tahu bagaimana rasanya, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Sri Sal di Facebook ini.

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

RESIPI KEK HATI PARI

kek hati pari

Bahan-bahan:

  • 500gram tepung gandum
  • 250gram mentega tulen
  • 1¾ gelas gula pasir
  • 1 gelas gula pasir (dijadikan gula hangus)
  • 5 biji telur gred A
  • 300 gram kismis hitam
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1½ sudu kecil soda bikarbonat
  • loyang 4 segi 8″x8″ (yang telah digris dengan mentega)
  • kertas aluminium

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, kemudian ketepikan.

2. Tumbuk kismis sehingga hancur lumat dan ambil 75 gram tepung yang diayak tadi, kemudian gaulkan dengan kismis sehingga sebati.

3. Pukul mentega bersama gula hingga putih dan masukkan telur satu persatu, kemudian pukul lagi hingga kembang.

4. Perlahankan kelajuan pemukul, masukkan susu pekat manis, gula hangus dan kismis, kemudian gaul rata.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan kertas aluminium.

6. Kukus selama 6 hingga 8 jam dengan api sederhana. Gunakan air panas setiap kali hendak menambah air kukusan. Siap!

kek hati pari

Kek Hati Pari ini bukan saja lembut, malah rasanya yang masam manis itu bakal cair di mulut. Sudah makan sekali, pasti nak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Sri Sal

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN