ayam goreng kunyit berlada

Kalau dah selalu masak ayam goreng kunyit biasa, kali ini apa kata jom cuba resepi ayam goreng kunyit berlada pula.

Masakan ini cukup menarik dan menyelerakan. Sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas, dah tak perlu lauk lain!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Suzilawati Alias di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah. Ini Tips Serdak Meriah, Bertali & Rangup Elok

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BERLADA

Bahan-bahan:

  • Ayam (diperap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam, sedikit tepung beras)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada kecil
  • Lada besar
  • Halia
  • Gula perang
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara memasak:

1. Ayam dipotong kecil. Perap sekejap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.

ayam goreng kunyit berlada

2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.

3. Goreng ayam dulu. Dah kekuningan, ketepikan.

4. Ini bahan yang dikisar dengan chopper, tak perlu halus sangat.

5. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.

6. Masukkan ayam goreng.

7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.

8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba!

ayam goreng kunyit berlada

Kredit resipi dan gambar: Suzilawati Alias

Baca juga: Perap Ayam Goreng Dengan ‘Bahan’ Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN