resipi wantan

Jika anda ada masalah mencari resipi wantan homemade yang mudah seperti ABC, MyResipi di sini sebagai penyelamat kepada masalah itu!

Bunyi hujan yang membasahi bumi sambil hirup sup wantan panas memang layan sungguh!

Tak rugi cuba resipi dari Cik Puan Aemal Husna melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Kari Kambing Simple, Cuci Daging Begini Baru Lembut Dan Tak Berbau

RESIPI WANTAN 

Bahan Kulit Wantan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan air panas

Bahan Inti Wantan:

  • Dada ayam kisar
  • Isi udang kisar
  • Bawang putih (dicincang dan digoreng sehingga wangi)
  • Bawang besar (dipotong kecil)
  • Karot (dipotong dadu)
  • Daun bawang
  • Perasa dan garam
  • 1 biji telur
  • 1-2 sudu tepung jagung

Bahan Chili Oil:

  • 3 ulas bawang putih
  • Udang kering (sedikit, opsional)
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 3/4 cawan minyak
  • Garam
  • Gula (opsional)
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Cara Membuat Kulit:

1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi doh.

2. Gelek doh sehingga nipis dan tekap mengikut saiz yang disukai.

Cara Membuat Inti:

1. Campurkan semua bahan dan adun hingga sebati.

Cara Membuat Chili Oil:

1. Tumis bawang putih dan udang kering kisar dalam minyak sehingga naik bau.

2. Masukkan chili flakes dan goreng sehingga garing.

3. Tambahkan garam, gula, dan minyak bijan.

Sumber: Aemal Husna

Baca juga: Resipi Daging Palembang, Masakan Orang Dulu Sedap-Sedap Belaka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN