ayam masak kuzi

Hari Raya Haji bakal tiba tak lama lagi, sudahkah anda memikirkan lauk yang perlu dibuat? Jika tiada idea, anda boleh cuba buat Ayam Masak Kuzi sebagai hidangan raya.

Ayam Masak Kuzi ialah makanan tradisional di Kelantan dan Johor yang merupakan kari berasaskan pekat unik. Biasanya ia dimakan bersama roti jala.

Sudah sering buat Ayam Rendang setiap kali raya, kali ini jom cuba buat Ayam Masak Kuzi seperti yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya di Facebook ini.

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!

RESIPI AYAM MASAK KUZI

ayam masak kuzi

Bahan-bahan:

  • 1½ ekor ayam (dipotong biasa)
  • 20 biji bawang kecil (dimayang halus)
  • Kismis hitam (direndam)
  • Kacang gajus (disangai)
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • Susu cair (agak-agak)
  • 3 hingga 4 sudu susu pekat
  • 2 hingga 3 batang serai (diketuk)
  • Daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 hingga 4 sudu besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan kisar A:

  • Daun pudina
  • Daun ketumbar skali akar
  • 4 hingga 5 bji cili hijau
  • 5 biji cili padi merah
  • 7 hingga 8 biji cili padi hijau

Bahan kisar B:

  • 2 atau 3 labu bawang besar
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan pes:

  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar

Cara-cara:

1. Bahagikan bawang kecil yang telah dimayang halus kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk buat bawang goreng dan satu lagi untuk menumis.

2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng separuh masak.

3. Guna minyak yang sama goreng ayam, tambah 2 sudu besar minyak sapi, kemudian tumis 4 sekawan, bawang yang dimayang halus tadi dan daun bay jika ada.

4. Setelah agak kekuningan, masukkan serai dan daun pandan pula sehingga bau naik wangi.

5. Masukkan bahan kisar B dan tumis sampai agak garing, kemudian masukkan cili kisar dan bahan pes.

6. Masak dengan api perlahan sehingga hilang bau rempah dan masukkan ayam, kismis yang direndam sedikit lada hitam, garam, gula dan kiub pati ayam.

7. Masukkan bahan kisar A dan reneh dalam 10 atau 15 minit, kemudian masukkan susu cair dan susu pekat.

8. Akhir sekali, tabur bawang goreng, cili hijau, kacang gajus dan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!

ayam masak kuzi

Hasilnya pasti takkan mengecewakan dan anda sekeluarga akan berselera makan pada Hari Raya Haji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Qasih Jue Aisya

Baca juga: Ayam Masak Lengkuas, Guna Ayam Jenis ‘Ini’ Untuk Lebih Lembut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN