pizza mini

Entri kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi pizza mini yang seakan-akan menu di restoran mewah! Cara buatnya dah tentu mudah tapi rasa luar biasa.

Beli di luar takut kecewa topping sikit atau doh yang keras. Buat sendiri lagi puas hati dengan topping yang melimpah-ruah. 

Mak-mak buat dekat rumah bukan setakat anak suka, dengan bapak anak sekali suka tau!

Jom baca resipi oleh Kakak Veo yang dikongsikan oleh Zulkifli Mat melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Jenis Buah Yang Rendah Kalori, Sangat Sesuai Untuk Diet

RESIPI PIZZA MINI

Bahan-Bahan:

  • Bahan Doh:
    • 200g Tepung berprotein tinggi 
    • 100g Tepung berprotein sederhana 
    • 40g Gula pasir (diblender halus)
    • 1 biji Kuning telur
    • 6g Ragi instant
    • 1/2 sudu teh Garam
    • 60g Butter masin 
    • 150ml Air sejuk (atau 160ml susu cair sejuk)
  • Bahan Topping:
    • Sos tomato botol
    • Keju parut atau keju cepat leleh (lebih baik gunakan mozzarella)
    • Sosej sapi
    • Oregano
    • Daun bayam (petik daunnya sahaja)
    • Daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk besar dan aduk rata.

2. Tuang kuning telur dan susu cair sejuk perlahan-lahan sambil terus menguli adunan dengan tangan hingga setengah kalis.

3. Setelah doh setengah kalis, tambahkan garam dan mentega. Uli dengan menggunakan mixer pada kelajuan rendah, kemudian naikkan ke kelajuan tinggi hingga doh menjadi kalis dan elastik.

4. Tutup adunan dengan kain basah atau plastik dan biarkan selama 30 minit atau hingga mengembang di tempat yang bersuhu hangat (kira-kira 35 minit).

5. Setelah adunan mengembang, timbang doh masing-masing 30-35g. Bulatkan dan pipihkan doh kemudian letakkan dalam loyang yang sudah dioles margarin. Pastikan ada jarak antara setiap doh.

6. Cucuk doh menggunakan garpu untuk mengelakkan gelembung udara.

7. Sapukan sos tomato di atas doh dan ratakan dengan senduk.

8. Tambahkan potongan sosej, bayam, dan taburkan keju parut. Tambah sedikit lagi sos tomato di atasnya.

9. Tabur oregano dan daun bawang di atas pizza. Diamkan selama 30 minit lagi sehingga doh mengembang (jika proses menambah topping memakan masa lama, tidak perlu dibiarkan lagi).

10. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200°C dengan api atas bawah.

11. Panggang pizza mini dalam oven selama 30-35 minit atau hingga masak sempurna (sesuaikan dengan oven masing-masing).

pizza mini

Sumber: Kakak Veo

Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN