Jika anda tercari-cari menu yang ringkas dan cepat untuk dimasak, jom cuba resepi telur berlada ini.
Tak perlu lauk mewah, lauk simple seperti ini pun sudah boleh membuka selera sesiapa sahaja.
Walaupun lauk biasa-biasa, tapi kalau makan dengan nasi panas memang sangat menyelerakan.
Baca juga: Tips Buat Telur Mata Kerbau Yang ‘Perfect’, Barulah Bulat Elok & Tak Mudah Pecah!
RESEPI TELUR BERLADA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Telur
- Bawang besar*
- Bawang putih
- Cili api*
- Asam keping saiz kecil
- Bawang besar potong bulat
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
- Air
- Minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Goreng telur, buat telur mata. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda (*) menggunakan chopper.
3. Kemudian tumis bahan yang dikisar tadi sehingga terbit minyak.
4. Letakkan juga sedikit air dan tumis lagi sampai terbit minyak. Ulang sampai 3 kali supaya cili betul-betul masak.
5. Perasakan dengan asam keping, garam, gula dan ajinomoto. Kacau hingga sebati.
6. Kalau sambal kering, tambah sedikit air.
7. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Kacau sebati dan biar sehingga sedikit layu.
8. Masukkan telur mata dan kacau.
9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hamizah Yatim
Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah