cara buat roti canai

Selain Nasi Lemak, orang Malaysia juga sangat suka makan Roti Canai. Tapi tak ramai yang tahu cara buat Roti Canai homemade yang lembut dan sedap.

Roti jenis leper berbentuk bulat ini biasanya dimakan bersama kari, dal atau sambal ikan bilis. Sesetengah orang memakannya bersama gula dan susu pekat.

Roti Canai sangat mudah didapati di mana-mana kedai mamak di Malaysia. Banyak juga kedai makan Melayu yang dibuka ketika waktu sarapan menyediakannya.

Baca juga: Roti Canai Homemade Ringkas & Mudah, Tak Perlu Pening Dah Nak Fikir Menu Makan Pagi

Anda juga boleh dapatkan Roti Canai yang sejuk beku dijual di kedai runcit dan pasar raya. Senang cerita, makanan ini cukup mudah dijumpai di mana-mana jua.

Nak tahu cara buat Roti Canai homemade yang lembut dan gebu? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Fadilah di Facebook ini.

CARA BUAT ROTI CANAI HOMEMADE

cara buat roti canai

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Tepung gandum, marjerin dan susu pekat dijadikan serbuk roti.

2. Masukkan air garam dan telur.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat pada tangan.

4. Bulat-bulatkan dan rendam dengan minyak (2 jam atau lebih).

5. Canaikan jadi seperti dalam gambar.

cara buat roti canai

6. Goreng sehingga keperangan. Siap untuk dihidang!

Cara buat Roti Canai homemade ini sungguh mudah dengan hanya beberapa bahan dan langkah. Hasilnya lembut dan pasti menjadi!

Apabila digoreng, Roti Canai ini kelihatan sungguh garing. Anda akan terkejut apabila memakannya kerana ia cukup lembut dan rangup.

Bukan setakat sarapan, malah anda boleh jadikannya sebagai minum petang. Makan Roti Canai bersama kari ayam atau kuah dal memang terangkat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fadilah

Baca juga: Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN