resepi masak pindang

Resepi masak pindang mempunyai pelbagai cara masak bergantung kepada individu. Ia juga dikenali sebagai asam rebus di sesetengah tempat.

Apa pun nama yang diberi, rasanya lebih kurang sahaja. Hidangan ini mempunyai rasa yang masam dan pedas.

Sebahagian resipi juga ada tambahkan serai dan daun kunyit untuk menaikkan lagi aroma dan rasa.

Kali ini MyResipi ingikan berkongsikan salah satu resipi pindang nanas kepala ikan yang boleh dicuba. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Padu!

RESEPI MASAK PINDANG NANAS KEPALA IKAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kepala ikan (empunya resipi guna ikan unggah)
  • Bawang merah 3 biji*
  • Bawang putih 3 biji*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci*
  • Kunyit hidup 2 inci*
  • Belacan 1 @ 2 inci*
  • Tomato 1 biji dibelah 4
  • Serai 1 batang (dititik)
  • Bawang besar 1/2 biji (dibelah 3)
  • Cili padi merah 4 batang
  • Cili padi hijau 4 batang
  • Nanas 
  • Air 500 ml
  • Minyai masak
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan bertanda (*) yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan air, garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit (jika perlu). Masak sehingga mendidih.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, cili padi, tomato dan bawang. Biarkan sehingga ikan masak.

resepi masak pindang

4. Jika ikan sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi masak pindang

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Resipi Gulai Kuning Kepala Ikan Merah, Kuah Meresap Elok Ke Dalam Isi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN