Ada masa mesti teringin sangat nak makan kek sedap-sedap tapi nak beli, takut tak kena selera kita kan. Apa kata cuba buat kek double cheese leleh sendiri di rumah.
Kalau dah buat, memang puas hati. Cheese leleh tak kedekut punya!
Jom kita tengok resipi double cheese leleh oleh Azlina Ina melalui laman sosial Facebook yang telah dikongsikan oleh Lisa Aisha.
Rugi kalau tak cuba tau!
Baca juga: Resepi Puding Biskut Marie, Nak Cantik Macam Kek Lapis Ada Caranya
RESIPI DOUBLE CHEESE LELEH
Bahan-bahan kek:
Bahan A:
- 250g krim keju
- 1/2 cawan krim penuh
- Cairkan menggunakan kaedah double boil
Bahan B:
- 10 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 1 sudu besar ovalate
- 1 sudu kecil perisa lemon
- 4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan B dan pukul hingga gebu.
2. Masukkan bahan A yang sudah suam-suam ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati.
3. Perlahan-lahan, masukkan 1/2 cawan mentega yang telah dicairkan (dalam keadaan panas).
4. Gaul adunan hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang sesuai. Jika menggunakan tray oven industri, masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis tray atau loyang yang digunakan.
6. Untuk tray oven industri, dengan suhu 170°C, kek akan masak dalam masa kira-kira 25 minit.
7. Potong kek selepas ia sejuk supaya kek tidak hancur kerana kek ini sangat gebu.
8. Masukkan kek yang telah dipotong ke dalam bekas yang sesuai.
Bahan-Bahan Cheese:
- 500g krim keju
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/2 cawan whipping non-dairy
Cara Penyediaan:
1. Kisar semua bahan cheese hingga sebati.
2. Tuangkan campuran cheese ke atas kek.
3. Parut keju cheddar di atasnya.
4. Kek sedia untuk dijual atau dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Lisa Aisha
Baca juga: Bermula Dari TikTok, Wanita Ini Bawa ‘Rasa’ Sabah ke Ibu Kota Melalui Seri Semporna