udang sweet sour

Apabila memikirkan anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak terus kering idea nak masak apa. Anda boleh cuba buat Udang Sweet Sour yang cukup sedap!

Pelbagai aneka masakan yang menggunakan udang, tapi jika anda nakkan hidangan yang boleh dimakan oleh semua orang, Udang Sweet Sour adalah pilihan yang tepat.

Biasanya kita akan jumpa hidangan yang sedap ini di restoran makanan Thai atau Cina. Ia merupakan salah satu hidangan yang cukup popular di kalangan orang Malaysia.

Hari ini bolehlah anda cuba resipi Udang Sweet Sour yang dikongsikan oleh Leha Yusuf di Facebook. Apa yang menariknya, tak letak garam pun tak apa!

Baca juga: Resepi Udang Masak Lemak Cili Api, Cara Simple Tapi Sempurna Di Tekak

RESIPI UDANG SWEET SOUR

udang sweet sour

Bahan bahan:

  • 400gm udang sederhana besar
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 senduk sos cili
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 senduk sos tomato
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 helai daun limau
  • 1 batang serai (tumbuk sikit)
  • 1 inchi halia
  • Secubit garam (tak letak pun tak apa)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, goreng udang sekejap saja, tak perlu garing sangat. Angkat dan ketepikan.

udang sweet sour

2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan daun limau hingga naik bau.

3. Masuk cili kisar, kemudian masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan sos cili dan sos tomato, kemudian kacau rata.

5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kemudian kacau rata. Siap untuk dihidang!

Rasanya yang harmoni dengan manis, masam dan sedikit pedas dalam hidangan ini memang cukup mengangkat selera. Nasi pasti bertambah dibuatnya.

Hidangan yang enak ini boleh dinikmati oleh sesiapa saja, termasuk kanak-kanak. Jika anda membuatnya, kami yakin anak anda akan sukakannya nanti.

Jika anda mahukan rasa yang seimbang dan secukupnya, anda kena guna nisbah yang sama dalam masakan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Leha Yusuf

Baca juga: Resipi Udang Spicy Sweet Sour, Sebiji Macam Makan Di Restoran Seafood!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN