sulur keladi

Sulur keladi boleh dimasak kepada pelbagai menu yang lazat dan memikat selera. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah sambal sayur keladi.

Namun begitu, sulur perlu disiang dan dicuci dengan cara yang betul untuk menghilangkan getahnya. Jika tidak, akan berasa gatal di tekak apabila dimakan.

Oleh itu, mari kita pelajari cara membersihkan sulur keladi dengan betul serta cara memasaknya di bawah. Terima kasih Puan Nur Aisyah atas perkongsian ini.

Baca juga: Tip Hilangkan Miang Sayur Keladi, Tak Gatal Tekak Dan Tangan Dah!

SAMBAL SULUR KELADI

Bahan-bahan kisar:

  • Cili kering
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Belacan hitam banting

Bahan-bahan lain:

Cara memasak:

1. Biarkan sulur selama 2 hari sehingga kulit menjadi sedikit hitam. Baru lebih senang disiang kerana getahnya sudah berkurangan.

sulur keladi

2. Cara menyiangnya pula, kikis kulit sulur menggunakan pisau sehingga semua kulitnya tertanggal. Siang sampai bersih seperti dalam gambar.

3. Hasilnya selepas disiang (lihat gambar). Jika sulur besar, belah kepada 2. 

4. Potong dan basuh sehingga bersih.

sulur keladi

5. Cara hilangkan gatal sulur keladi, rebus air dan letakkan garam serta 4 keping asam keping. Sulur pula dalam 800 gram.

6. Apabila air menggelegak, letakkan sulur. Tunggu sehingga menggelegak baru diangkat. Tapi jangan terlalu lama, nanti jadi lunyai.

7. Selepas siap direbus, basuh bersih sekali lagi dan toskan.

8. Tumis bahan kisar dan letakkan juga serbuk kunyit serta 2 keping asam keping, garam dan ajinomoto.

9. Tumis sehingga pecah minyak.

10. Kemudian, letakkan sulur dan daun kunyit. Tambahkan air dan didihkan.

11. Siap! Rasa masakan ini agak kenyal, masam, pedas dan lemak. Selamat mencuba!

sulur keladi

Kredit resipi dan gambar: Facebook Nur Aisyah

Baca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api ‘Asli’ Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN