resipi nasi lemuni

Siapa di sini yang tahu tentang resipi Nasi Lemuni? Makanan ini sangat popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia, terutama di negeri Perak.

Apa yang unik tentang Nasi Lemuni adalah ia tak dimasak seperti nasi biasa tetapi dimasak dengan daun lemuni.

Orang utara suka gunakan daun lemuni sebagai ulam-ulaman atau campuran dalam masakan. Ia membantu mengurangkan batuk, kahak dan demam.

Anda yang nakkan hidangan enak tapi pada masa yang sama berkhasiat, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nasuha Saiful di Facebook ini.

RESIPI NASI LEMUNI DAN SAMBAL UDANG

resipi nasi lemuni

Bahan-bahan nasi lemuni:

  • 4 cawan beras 4 cup
  • Santan segar
  • Segenggam daun lemuni (ambil yang bahgian atas)
  • 1/2 sdk biji halba
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit minyak
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang serai
  • garam
  • air

Cara-cara penyediaan nasi lemuni:

resipi nasi lemuni

1. Kisar daun lemuni dan tapis (ambil 1 sudu besar hampasnya untuk masak sekali dengan nasi)

2. Tumiskan bawang-bawang, halia, daun pandan, 4 sekawan, halba & serai dengan sedikit minyak sampai naik bau.

3. Masukkan santan, perahan air lemuni dan 1 sudu besar hampasnya.

4. Masukkan garam secukupnya

5. Apabila mendidih, masukkan beras. Tunggu hingga masak. Siap!

Bahan-bahan sambal udang:

  • 15 ekor udang sederhana
  • 1 genggam cili kering (direbus)*
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu besar santan
  • Belacan*
  • Asam jawa
  • 1 biji bawang besar (dipotong ring)
  • 1/2 keping gula kerek
  • Garam

Cara-cara penyediaan sambal udang:

resipi nasi lemuni

1. Bersihkan udang dan toskan.

2. Kisar bahan bertanda (*).

3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

4. Masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak..

5. Masukkan perahan air asam jawa, gula kerek, garam dan santan. Masak sehingga sebati.

6. Masukkan udang dan taburkan bawang ring. Masak sehingga udang masak. Siap!

Resipi nasi lemuni ini dikatakan bagus digunakan buat mereka yang berpantang. Selamat mencuba!

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemuni Yang Sedap, Rasa Lemak Berkrim & Tak Pahit Langsung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN