petua bawang putih

Terbeli bawang yang busuk? Jangan risau, guna saja petua bawang putih yang elok di bawah. Tip ini juga boleh diguna untuk memilih bawang merah bagi mengelakkan terbeli yang rosak.

Siapa yang masih failed bab memilih bawang, mari ketahui tip pilih bawang dengan lebih lanjut seperti di bawah. Barulah tak membazir duit jika terbeli yang busuk.

Baca juga: Guna Minyak Atau Air? Ini Tip Bawang Kisar Tahan Lama & Tak Cepat Berkulat

PETUA BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH YANG ELOK

Tip 1: Pilih bawang yang masih segar, kering, bersih, keras dan tidak bertunas.

Tip 2: Bagi bawang putih, warna bawang perlulah putih bersih, tidak berserabut dan jangan pilih yang lembik atau sudah bewarna kuning.

Tip 3: Jangan memilih bawang merah yang sudah berwarna kehitam-hitaman dan lembik.

Tip 4: Pilih bawang yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Tip 5: Pilih bawang yang mempunyai kulit luar yang masih baik, tidak pecah. Kesegaran bawang dan aromanya akan berkurang jika kulit luarnya pecah. Selain itu, bawang juga agen penyerap bakteria.

Tip 6: Jangan pilih bawang yang telah tumbuh akar kerana aroma dan aromanya juga sudah kurang menyengat.

Tip 7: Pilih bawang merah yang mempunyai akar besar dan kulit yang kering. Usahakan untuk membeli bawang yang masih mempunyai akar kerana bawang ini akan lebih lama bertahan dan tidak cepat busuk.

Tip 8: Jika anda sudah tersilap membeli bawang yang telah basah, jemur dan setelah itu simpan ditempat yang kering.

Diharapkan melalui tips ini, isteri atau ibu tidak perlu risau lagi jika menyuruh suami dan anak belikan bawang merah dan bawang putih.

Kredit: Maslee Express

Baca juga: Tips Buat Bawang Goreng Tanpa Guna Tepung, Tapi Tetap Rangup & Tahan Lama!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN