Categories: ArtikelInfomasi

7E Berubah Ke Konsep Baru, Banyak Makanan Menarik Yang Patut Anda Cuba

7-Eleven atau 7E yang kita kenali dahulu kini sudah bertukar konsep dan mula memperkenalkan konsep cafe. Selain itu, banyak juga benda yang sudah ditambah baik serta makanan yang dijual di sini juga amatlah sedap dan beraneka pilihan.

Sebuah akaun Twitter milik @sofearozaidi_, ada berkongsi tentang pengalamanya pergi ke 7E Cafe. Katanya di 7E Cafe ini mereka menggunakan sistem kad, haa macam mana tu? macam canggih je kan? Kalau korang nak tahu jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

7E Berubah Ke Konsep Baru, Banyak Makanan Menarik Yang Patut Anda Cuba:

Best nya sistem 7E CAFE ni. Pilih pilih kad pastu pass kat kaunter je. Tau tau siap!

I sekarang hari hari nak pergi 7E CAFE ni sebab makanan air & aiskrim dia semua sedap

Special dekat sini ada pau ayam masak lemak! Pedas dan sedap. Meh i share list lain i pernah try

Finger chicken

Finger Chicken yang dijual di sini adalah antara makanan yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Anda boleh meminta 2 jenis sos daripada staff di sini iaitu thai sweet chili dan spicy mango. Kedua-duanya sedap tau!

Kalau beli fingger chicken ni please mintak sos ni pedas i lupa nama dia either thai sweet chili or spicy mango! Korang tunjuk jelah video ni tapi serious sos ni tak pernah rasa kat mana mana sedap. RM7.90 if tak silap

Ice latte

Jika anda ke 7E Cafe ni, bersiap sedia lah untuk menjadi rambang mata. Haa sebab di sini ada pelbagai jenis menu kopi seperti Iced Latte, Hot Cappucino dan Americano. Bukan itu je, pilihan minuman lain pun cukup banyak!

Ice latte kat sini memang best! Dah lah murah untuk cup besar ni. RM5.90 boleh request syrup.” 

Softserve

Mesti nikmat bila dapat makan soft serve di 7 Café! Anda boleh pilih perisa Thai Milk Tea atau Gula Melaka. Nak perisa campur pun boleh! Tapi antara perisa yang sering menjadi pilihan ramai adalah Thai Milk Tea. Memang sedap sangat dan anda patut cuba.

Soft serve thai milk tea kat sini i recommended gila! Go try. Rasa dia tak pelik langsung & balance! I dah try yang cup tu share 2 orang pun boleh serving portion dia. RM5.90

Sebenarnya ada banyak lagi jenis makanan yang anda boleh dapati di 7E Cafe ni tau. Sebut je nak apa mesti ada di sini. Harganya juga sangatlah murah jadi anda boleh la borong semua makanan di sini.

So far tu je i pernah try yang lain dari lain. Macam hotdog semua tu typical je cuma SOS dia tu lah yang EXTRAAAA

Ni antara menu dorang. Rambang mata kan? beli jelah semua. Next i nak try croffle tu. Mesti best gilaaaa

Cara Beli Makanan di Kaunter:

@sofearozaidi_ juga ada berkongsi cara untuk membeli makanan di 7E Cafe ini kerana mereka menggunakan sistem kad. Anda jangan risau sebab cara nak order, mudah je.

Ni haaa dorang siap ada direction kat tempat pilih kad tu. Kalau korang dah try share lahhh review kat sini

I suka sebab harga affordable plus setiap kali i datang & nak apa i nak tu ada ” 

Setakat ini, 7E Cafe hanya beroperasi di beberapa lokasi sahaja. Antara lokasinya adalah:

  • 7-Eleven Menara TA One –  Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Desa Sri Hartamas – No 16 (GF) Jalan 23/70 A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Tun H.S. Lee – Jalan Tun H. S. Lee, 50000 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Bukit Antarabangsa –  Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa, 68100 Ampang, Selangor
  • 7-Eleven Saujana KLIA – No 60 (GF), Jalan Saujana KLIA 1/A, Taman Saujana KLIA, 43900 Sepang, Selangor
  • 7-Eleven Eco Ardence – No 7 (GF), Jalan Eco Ardence D, U12/36D, Eco Ardence, Seksyen U12, 40170, Shah Alam, Selangor
  • 7-Eleven Jalan Kristal – No. 10 (GF), Jalan Kristal J7/J, Sek 7, 40000 Shah Alam, Selangor
  • 7-Eleven Jalan Warisan – No 5 (GF), Jalan Warisan, Sentral 1, 43900 Sepang Selangor
  • 7-Eleven TTDI Helmi – No 96, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Bukit Damansara KL – No. 73 Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Damansara Utama 2 – No 31 (GF), Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • 7-Eleven Bandar Bukit Tinggi Klang – No 36 (GF), Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor
  • 7-Eleven Taman Danau Desa – No. 15 (GF), Plaza Danau 2, Jalan 2/109F, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Ampang Point – No. 55, Jalan Mamanda 9, Taman Dato’ Ahmad Razali, 68000 Selangor
  • 7-Eleven Jalan Setia Utama – No 32, Jalan Setia Utama As U13/AS, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
  • 7-Eleven Taman Segar KL – No. 47 Jalan Manis 4, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven KL Traders Square – Lot 7-G, KLTS Traders Square, No. 99, Jalan Gombak 53000 Setapak Kuala Lumpur
  • 7- Eleven IPC Shopping Centre – LG1.40, Lower Ground, IPC Shopping Centre, No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • 7-Eleven SJMC Subang Jaya – No. 7 (GF), Jalan SS 12/1B, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor
  • 7-Eleven Taman Melawati – 9180, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
  • 7-Eleven Commerce Off Jln Klang Lama – Lot 6-0 (GF), Commerce One, Lorong 2/137C, Off Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur

Sumber: @sofearozaidi_ 

 

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago