Pernah tak terfikir, macam mana orang yang berniaga tu rebus jagung elok, gebu, sedap je walaupun jagung tu dah sejuk?
Ingatkan rebus jagung ni simple je. Jerang air, bubuh jagung dan tunggu sampai masak. Tapi mesti ramai antara kita yang pernah jadi macam ni bila rebus jagung dekat rumah kan?
Sebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.
Baca juga: Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus
1. Pilih Jagung Segar
Mula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok. Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.
Daun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.
Jagung segar yang dah dibeli jangan biarkan diluar sebab ia akan kehilangan kemanisan semulajadi jagung. Kalau belum nak masak lagi, terus simpan di peti sejuk.
2. Rebus sekali dengan kulit
Sebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan? Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!
Sebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut. Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!
3. Cara rebus jagung supaya empuk
Cara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya. Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.
Kemudian biarkan air mendidih dan barulah masukkan jagung. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) sekitar 5-10 minit sudah mencukupi.
4. Jangan letak garam terlalu awal
Jangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk. Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.
5. Tambah sedikit gula
Semasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.
6. Elak rebus jagung terlalu lama
Ramai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.
7. Sapukan butter selepas masak
Selepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih. Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi! Ni lah selalu cara rebus jagung orang jual di pasar malam tu.
Ok mudah je kan? Siapa suka jagung rebus lain kali bolehlah cuba rebus sendiri di rumah. Lepas tu cuba ikut tips yang disenaraikan ni. Insha Allah jagung rebus lebih empuk dan sedap.
Semoga bermanfaat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…