Mesti ramai selalu goreng ayam kat rumah kan? Nampak macam mudah, sebenarnya ada petua goreng ayam yang perlu anda tahu supaya isinya benar-benar masak.
Kalau diangkat terlalu cepat, ayam boleh jadi mentah. Kalau terlalu lama, ayam akan menjadi sedikit keras dan kurang enak.
Jika ayam masih berdarah dan mentah, ia boleh menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya.
Oleh itu, ini dia 6 petua goreng ayam yang perlu anda tahu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Berikut adalah enam petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk bila dimakan.
Pertama sekali, lihat dahulu bahagian ayam yang ingin dimasak terutamanya bahagian bertulang seperti peha dan kepak.
Pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.
Jika anda lebih suka potongan ayam yang besar, anda boleh menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.
Selain itu, anda juga boleh merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.
Jika baru keluarkan ayam dari freezer, jangan terus goreng kerana ia akan menyebabkan ayam masak di bahagian luar sahaja tetapi di bahagian dalam masih mentah.
Jadi, pastikan anda keluarkan ayam yang beku awal-awal dan rendamkannya dalam air suam sehingga lembut atau defrost menggunakan microwave.
Untuk mendapatkan hasil ayam goreng yang sempurna, pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.
Dengan menggunakan cara ini, secara automatik proses pemanasan akan lebih rata sehingga daging dan ayam masak dengan sempurna.
Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, pastikan guna suhu api yang kecil atau sederhana ketika menggoreng.
Jika guna api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak dan mungkin hangus tetapi bahagian dalamnya masih belum masak sepenuhnya.
Ketika mahu mula menggoreng, masukkan bahagian yang mempunyai joints atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah terlebih dahulu.
Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.
Dengan menggunakan petua-petua ini semasa menggoreng ayam, ayam akan masak sempurna dan rangup serta lebih menyelerakan untuk dimakan.
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…