PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-04-05 08:23:07
Bila ke pasar anda pasti teruja tengok makanan laut yang segar seperti ketam. Tapi, tak dinafikan harganya boleh tahan mahal. Sudahlah mahal, boleh kecewa berganda bila beli dapat ketam yang tak banyak isi.
Harini kami akan kongsikan tips untuk pilih ketam yang banyak isi, banyak telur dan segar untuk anda.
1. Waktu pembelian
Anda patut beli ketam selepas bulan mengambang sebab kata orang waktu ini isi ketam padat dan banyak. Cubalah!
2. Belakang ketam
Anda cuba tengok di belakang ketam, ada bentuk segi tiga kan? Kalau masih terlekap itu tandanya ketam anda masih segar!
3. Beli ketam betina
Hanya ketam betina yang ada telur. Dari luar anda dah boleh nampak jika ketam itu ada telur atau tak. Kalau ketam betina ada banyak telur, isinya juga pasti banyak!
4. Tengok belakang badan
Jika dari luar badan ketam anda boleh lihat telurnya banyak, terus beli! Gerenti puas hati makan.
5. Beli ketam berat
Anda cuba pegang dua ketam dan bandingkan berat. Ketam yang berat ada lebih banyak isi!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…