PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-04-17 05:43:35
Anda baru je beli beras tapi dah jadi sarang kutu beras? Bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi. Jadi, kami akan kongsikan cara untuk hindarkan kutu beras dari menyerang.
1. Guna Asam Keping
Kutu beras memang tak suka asam keping. Jadi, anda hanya perlu letakkan beberapa keping asam keping ke dalam tempat simpan beras untuk menghalau kutu beras.
2. Daun Limau Purut
Anda juga boleh gunakan daun limau purut kerana kutu beras tak suka bau daun limau purut. Letakkan di bahagian atas, tengah dan bawah tempat simpan beras anda.
3. Jemur Bawah Matahari
Jika kutu beras anda terlalu banyak, anda hanya perlu jemur beras di bawah cahaya matahari. Masukkan beras dalam satu dulang dan letakkan cili kering atas beras. Jemur beras tersebut.
4. Guna Kulit Kayu Manis
Anda juga boleh letak kulit kayu manis ke dalam tempat simpan beras. Aroma dari kulit kayu manis mampu halang kutu beras daripada membiak dalam beras anda.
5. Guna Daun Pandan
Daun pandan bukan saja boleh mewangikan beras, tapi ia juga boleh menghalau kutu beras.
6. Guna Cili Kering
Anda hanya perlu gunting dua cili kering dan letakkan dalam tempat simpanan beras. Bau pedas dari cili kering akan menghalau kutu beras.
7. Letakkan Dalam Freezer
Letakkan beras anda dalam freezer selama 3 hari. Cara ini akan mematikan kutu beras dan telurnya.
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…