Categories: Tips & Petua

5 Sebab Makanan Cepat Rosak, No. 3 Itu Selalu Orang Kita Buat!

Bayangkan jika anda sudah menyimpan makanan dan bercadang untuk makan kelak namun apa yang berlaku adalah makanan basi. Ini sudah pasti akan mengecewakan.

Kemudian, perkara ini mungkin akan membawa kepada soalan seperti “adakah cara menyimpan itu ternyata salah?” atau “adakah tempoh menyimpan itu terlalu lama?”.

Justeru itu, kita semua perlu tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul!

Kenapa makanan atau minuman boleh basi?

Hakikatnya, tidak semua orang berpeluang untuk makan dan minum tepat pada waktunya angkara faktor bekerja, belajar dan sebagainya. Jadi, ia mungkin perlu untuk disimpan.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah cara dan tempoh menyimpan yang kurang tepat akan jadi punca makanan basi. Kesannya, anda tidak boleh lagi untuk mengambilnya.

Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.

Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.

Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!

Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:

#1. Cara menyimpan yang ternyata salah

Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.

Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.

Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.

#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama

Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.

Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.

Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.

#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup

Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.

Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.

#4. Paparan cahaya yang berlebihan

Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.

Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.

Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.

#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk

Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.

Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.

Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.

Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?

Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.

Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.

Rujukan: Hello Doktor

Baca juga: Ibu-Ibu Kena ‘Alert’, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago