resepi ekspres

5 resepi ekspres ini khas untuk anda. Sesuai dimasak jika ada tetamu yang datang rumah secara ‘mengejut’pada musim Hari Raya ni. Serba salah kalau nak hidangkan air saja kan, mesti wajib ada satu makanan berat.

Jom save resipi ni siap-siap, mudah bila nak masak nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya

5 RESEPI EKSPRES HARI RAYA

1. Laksa Express

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)
  • Asam keping
  • 3 sudu cili boh (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Daun kesum
  • Belacan (jika suka)
  • Sedikit sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Laksa basah

Cara-cara:

1. Lenyekkan ikan sardin bersama sosnya (guna blender pun boleh).

2. Tumis cili boh dan asam keping.

3. Masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek tadi bersama daun kesum.

4. Sukat air menggunakan tin sardin, letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak kuah pekat.

5. Masak atas api perlahan selama 20 hingga 25 minit sebab nak bagi rasa asam keping. Kalau guna api sederhana, masak selama 5 minit sahaja.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, potongan cili, bawang, timun dan limau kasturi. Selamat mencuba!

Kredit: Sha Sha

2. Resepi Ekspres Nasi Daging Tin Adabi

Bahan menumis:

  • 2 sdb minyak sapi
  • 2 sdb minyak masak 
  • 2 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 3 inci halia*
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • 2 sdb rempah kurma
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato
  • 3/4 susu cair 
  • 3/4 sudu penuh garam
  • Garam
  • Daun Ketumbar

Mayang halus bahan-bahan bertanda (*).

Bahan nasi daging:

  • 1 tin kurma daging adabi
  • Beras basmathi atau beras wangi

Cara-cara:

1. Mula-mul,a tumis kesemua bahan menumis di atas. 

2. Tumiskan 4 sekawan dan bahan * yang dimayang sehingga garing.

3. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.

4. Masuk pula isi kurma daging adabi dan susu cair. Didihkan sekejap dan masukkan garam, cukup rasa dan tomato.

5. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan tadi.

6. Akhirsekali bila nasi dah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.

7. Tips masa nak masak nasi ni, jangan kacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah. Selamat mencuba!

Kredit: Hidayah Terbilang

3. Nasi Goreng Cili Flakes

resepi ekspres

Bahan-bahan:

  • 2 hidangan nasi sejuk
  • 1 kiub ikan bilis / ayam
  • 2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
  • 2 butir telur
  • 1 biji bawang merah besar
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Kalau bangun pagi, nak masak sarapan yang cepat siap, selalunya saya masak nasi goreng versi ni. Capai barang dalam peti ais dan pantri, terus buat. Syaratnya kena ada lebihan nasi semalamlah.

2. Tumis bawang yang sudah dihiris.

3. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.

4. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.

5. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.

6.  Perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Boleh gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak 1 sudu kecil gula.

7. Letak telur. Ada orang suka letak awal. Terpulang pada cara masing-masing. Cuma pastikan telur betul-betul masak supaya tak kena jangkitan salmonella (salmonellosis).

8. Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.

9. Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

4. Resepi Ekspres Mee Rebus Terengganu

resepi ekspres

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Isi ayam
  • Isi daging
  • 2 liter air
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Telur
  • Tomato
  • Chili oil
  • Garlic oil

Cara-cara:

1. Tumiskan 3 ulas bawang putih Dan ½ inci halia. Kisar halus semua bahan ni.

2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan sumber protein kita, isi ayam atau daging.

3. Masukkan air secukupnya.

4. Masukkan lobak merah, sawi, fishball dan fish cake.

5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh.

6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

7. Masukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan.

8. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap untuk dihidangkan!

Kredit: Umi Watie

5. Mi Goreng Stail Mamak

resepi ekspres

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sdb udang kering (jika ada)

Bahan A:

  • 2sdb sos tiram
  • 2sdb sos tomato
  • 3sdb sos cili
  • 2sdb kicap pekat manis
  • Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)
  • Garam
  • 1sdb gula (jika tak pedas tak perlu letak)
  • Isi ayam
  • Fish cake

Bahan B:

  • 4-5 biji telur (kalau mee 1kg, guna 9-10 biji telur)
  • Mee (untuk paket 1/2 kg)
  • Sawi
  • Tauge
  • Hirisan cili merah

Cara-cara:

1. Kisar bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan bahan B satu per satu. Masak sampai sebati dan cukup rasa.

3. Kemudian baru masukkan telur. Kocak-kocak sekejap, baru masukkan mee. Gaulkan sampai semua bersalut rata.

4. Akhir sekali baru masukkan sayur. Kacau lagi sehingga rata. Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Ziera Xiera

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Cili Hijau Pedas ‘Menyengat’, Sangat Membuka Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN