Selain lemang yang biasa kita lihat di pasaran, banyak rupanya jenis lemang yang wujud di Malaysia ini.
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.
Di Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan “Kota Lemang”.
Baca juga: Lemang Sebenarnya ‘Fast Food’ Orang Melayu Lama?
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.
Tak lengkap rasanya hari raya tanpa hidangan lemang, tapi bagi pencinta dan hantu lemang, pastinya akan tahu jenis lemang yang ‘rare’ di Malaysia ini.
Tapi dah jarang orang buat lemang ‘rare’ ni. Kalau jumpa hidangan ini di rumah yang korang kunjung tu memang bertuah la.
Kalau biasa korang dengar bubur pulut hitam, tapi jangan tak tahu yang terdapat juga lemang pulut hitam.
Lemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam.
Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.
Pernah dengar mengenai lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak.
Ia seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.
Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama. Kalau korang beraya kat Perak, boleh la try cari lemang tepung ni.
Kalau diikutkan siapa saja yang tidak menggemari durian. Disebabkan itu, pengusaha lemang mengambil langkah yang sangat bijak dengan mengolah resipi lemang. Lemang durian ni tidak begitu mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya tidak boleh disimpan lama.
Selain itu juga, lemang durian mempunyai harga yang sedikit tinggi dari jenis-jenis lemang yang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal. Tapi kalau dapat makan lemang durian ni memang tak tinggal untuk orang lain punya lah!
Apabila sebut pasal lemang, pasti kita akan terfikir sejenis makanan diperbuat daripada pulut dan santan, dibakar dalam buluh, serta menjadi buruan menjelang Aidilfitri serta Aidiladha.
Namun, apabila disebut akan lemang periuk kera, pasti ramai yang berasa pelik dan tertanya-tanya rupa bentuk serta rasa lemang berkenaan.
Perbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak.
Berbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.
Lemang jagung juga lebih kurang sama macam lemang pulut hitam dan lemang jangung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa.
Tapi terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambah jagung ianya secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam lemang.
Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda.
Baca juga: Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Rasanya Tetap Asli Walaupun Moden
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…