Peminat drama Korea mesti tahu restoran 4Fingers Crispy Chicken Malaysia (4Fingers) yang terkenal dengan ayam rangup berinspirasi rasa Korea yang sedap.
Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2009 di Singapura dan apabila mula bertapak di Malaysia, ramai menggemarinya kerana rasa hidangan yang begitu unik.
Baru-baru ini, kami telah dapat tahu satu berita tentang restoran ini yang sangat mengejutkan dan anda pasti teruja apabila mendengarnya.
Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik
4FINGERS RAIKAN ULANG TAHUN KE-10 BERSAMA SIJIL HALAL
Selama sedekad berada di Malaysia, akhirnya 4Fingers mengumumkan pencapaian besar di mana lebih 90% restorannya di seluruh negara kini disahkan Halal.
Tak dinafikan orang Malaysia cukup berhati-hati dalam segala hal, lebih-lebih lagi tentang kesahihan sijil Halal untuk makanan dan minuman.
Oleh itu, restoran ini mula bekerjasama rapat dengan Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesahkan pensijilan Halal.
Setiap elemen penyediaan makanannya, daripada sumber bahan sehingga proses memasak, mematuhi piawaian Halal tertinggi oleh JAKIM.
“Sambil meraikan 10 tahun kecemerlangan 4Fingers di Malaysia, pencapaian pensijilan Halal JAKIM kekal sebagai keutamaan kami. Pematuhan kepada piawaian Halal menandakan dedikasi kami terhadap keterangkuman dan kualiti tinggi. Kami akan terus berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh JAKIM.”
-Zarina Binti Mohamad Saad, Pengerusi Jawatankuasa Halal 4Fingers-
Pensijilan Halal oleh JAKIM ini bermaksud semua menu di restoran ini disediakan dengan penuh perhatian terhadap kebersihan dan kualiti. Jika begitu, ia lebih terjamin dan selamat dimakan.
Restoran ini merancang untuk mengembangkan cawangan diperakui Halal di seluruh Malaysia dengan tawaran menu istimewa dalam masa terhad seperti menu Ayam Rendang dan banyak lagi.
Restoran ini cukup komited dalam menggunakan bahan-bahan segar dan semula jadi yang bebas daripada MSG dan bahan pengawet. Jadi, tak hairanlah ramai menyukainya.
Setelah dapat tahu ada sijil Halal oleh JAKIM, anda mesti tak sabar untuk bawa keluarga menikmati pelbagai hidangan menarik di 4Fingers nanti.
Selamat menjamu selera di 4Fingers!
Sumber: 4FingersMalaysia
Baca juga: 10 Kedai Makan Pontian Yang Menarik, No. 3 Tu Lain Dari Yang Lain!