air berbuka puasa

Sekali sekala hidangkan air berbuka puasa yang special untuk suami tidak ada salahnya kan? Barulah sejuk hati suami anda.

Jom MyResipi kongsikan 4 minuman berbuka yang sedap dan cantik dari segi presentation sama macam di kafe hipster.

Hanya menggunakan bahan mudah, anda boleh menghasilkan air yang menyejukkan tekak selepas seharian berpuasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Air Jagung Bikin Ketagih, Sedapnya Buat Untuk Berbuka!

4 IDEA RESIPI AIR BERBUKA PUASA

1. Longan Asam Boi

air berbuka puasa

Bahan-bahan:

  • 3 biji asam boi
  • Potongan lemon
  • Daun mint
  • Air longan
  • Air panas
  • Ais

Cara-cara:

  1. Masukkan biji asam boi ke dalam cawan. Tuangkan sedikit air panas.
  2. Kemudian masukkan juga potongan lemon, daun mint dan air longan.
  3. Tambahkan ais.
  4. Letakkan potongan lemon dan buah longan sebagai hiasanSiap, selamat mencuba!

2. Cincau Thai Green Tea

Bahan-bahan:

  • 3 sudu thai green tea (jenama ChaTraMue)
  • Ais
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Susu segar
  • Cincau

Cara-cara:

  1. Rendam 3 sudu thai green tea di dalam air panas.
  2. Dalam gelas lain, penuhkan gelas dengan ais.
  3. Masukkan susu pekat, susu cair dan susu segar.
  4. Tuangkan rendaman thai green tea yang sudah ditapis.
  5. Letakkan cincau sebagai hiasan. Siap, selamat mencuba!

3. Air berbuka puasa – Supermilo

Bahan-bahan:

  • 3 sudu serbuk milo
  • Air panas
  • Ais
  • Susu segar
  • Milo nugget
  • Milo cereal

Cara-cara:

  1. Masukkan 3 sudu serbuk milo beserta sedikit air panas ke dalam cawan.
  2. Kacau sebati dan tambahkan ais.
  3. Tuangkan susu segar sehingga hampir memenuhi cawan.
  4. Letakkan hiasan serbuk milo, milo nugget dan milo cereal. Siap, selamat mencuba!

4. Sunset Drink

air berbuka puasa

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Perahkan setengah biji jus buah oren ke dalam cawan.
  2. Isikan gelas dengan ais kemudian tuangkan kordial rose sirap.
  3. Tambahkan biji selasihyang telah direndam.
  4. Hiaskan dengan hirisan oren. Siap, selamat menncuba!

Kredit reesipi dan gambar: Nurainnatasya

Baca juga: Bestnya Minum Air Soda Herbs Untuk Berbuka! Segar Satu Badan Dibuatnya..

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN