PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-08 06:41:17

Seperti yang kita sedia maklum, makanan yang berasaskan santan ini mudah basi jika ia dibiarkan lama di atas meja makan. Sebaiknya adalah dengan menghabiskan makanan tersebut atau menyimpan lebihan makanan di dalam peti sejuk. Namun, masalah santan mudah basi ini sebenarnya disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Jadi, ini ada beberapa tips mudah dikongsikan oleh Rasa yang mampu mengekalkan kesegaran santan dan tidak cepat basi.


Kredit: Izliyah Kitchen

TIPS ELAK SANTAN CEPAT BASI
 

  1. PEMILIHAN KELAPA


    Kredit: Rasa

    Bagi memastikan masakan bersantan lambat basi, sebaiknya pilihlah kelapa tua yang baru dikupas dari sabut. betul-betul tua dan isinya putih. Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Sekiranya anda membeli kelapa di kedai, anda boleh meminta penjual untuk membelah kelapa baru bagi memastikan anda tidak terbeli kelapa yang kurang elok.

     

  2. GUNAKAN JENIS KELAPA YANG SESUAI


    Kredit: Klikdokter

    Di samping itu, jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan sesuatu masakan untuk cepat basi. Seperti contoh, kelapa tua sesuai digunakan untuk masakan seperti rendang, kari dan gulai. Ini kerana kelapa tua mampu mengeluarkan santan yang bagus untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak. Manakala, kelapa muda pula sesuai digunakan untuk membuat inti makanan kerana rasanya lebih sedap serta lembut.

     

  3. TEKNIK MEMERAH SANTAN


    Kredit: Keluarga

    Selain itu, teknik memerah yang salah juga menjadi salah satu punca santan cepat basi. Teknik perah santan ini sebenarnya memainkan peranan penting bagi memastikan kesegaran santal kekal lama. Sekiranya anda menggunakan cara tradisional, cara yang betul adalah dengan memarut kelapa mengikut arah melintang. Namun jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut, pastikan ia diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama.

     

  4. PENYIMPANAN SANTAN  

    Sekiranya anda membeli santan segar dari kedai, sebaiknya santan tersebut perlu segera disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Jika anda belum lagi ingin menggunakan santan untuk beberapa hari, simpankan santan tersebut di dlam peti ais beku supaya ia kekak segar. Dengan cara ini, ia dapat disimpan lama sehingga tiga bulan lamanya di dalam peti asi beku yang bertutup rapat.


Kredit: MakanLena
 

Konklusinya, santan ini sifatnya memang agak sensitif dan cara penyimpanannya perlulah lebih teliti. Kini, anda tidak perlu risau lagi memikirkan makanan bersantan cepat basi kerana sudah ada solusinya. Masakan anda selepas ini juga pasti terasa lebih sedap dan menyelerakan, Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN