2 jenis mee

Ibu-ibu mesti buntu apabila anak-anak tak suka makan sayur. Hah, MyResipi ingin kongsikan 2 jenis mee homemade yang menggunakan sayur dan buah sebagai bahan utama.

Pastinya si comel tak menolak lagi sebab telah dijadikan mee dengan warna yang menarik!

Cara buat mee homemade ini hasil resipi dari Cik Puan Linda Hussin. Langkah-langkahnya amat mudah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan memang ada di dapur.

Baca juga: Mee Kuning Buat Sendiri, Lagi Kenyal Dan Jimat Guna 5 BAHAN Ini

Yang bagusnya, bila buat mee sendiri ini, tiada bahan pengawet dan lebih berkhasiat untuk si comel makan. Jom lihat cara-caranya.


2 JENIS MEE HOMEMADE YANG BOLEH DICUBA

Saya nak kongsikan dua jenis mee homemade untuk anak-anak yang tidak sukakan sayur. Mee ini bagus untuk anak-anak. Tiada xanthum gum dan pyslium huck. Memang mudah kerana guna piping bag saja. 

1. MEE BAYAM/KALE/BASIL + BAWANG PUTIH

2 jenis mee

Bahan-bahan:

  • 80g tepung Cassava Ladang lima
  • 60g tepung ubi kayu
  • 40g tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada serbuk (optional)
  • 80g telur
  • 95g air bayam – dikisar dgn sedikit air
  • Air untuk merebus mee
  • Minyak untuk salut mee selepas masak 

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bayam dgn air dan ambil 95g air bayam. 

2. Campur telur dgn air bayam

3. Campurkan semua bahan-bahan kering dan masukkan air bayam dan telur dan gaul sebati.

4. Masukkan ke dalam pping bag. 

5. Rebus air sehingga mendidih

6. Pipe panjang-panjang mee ke dalam air yang mendidik dan jangan masak terlalu lama. Angkat dan toskan.

7. Boleh pindahkan ke dalam air sejuk sebentar. 

8. Angkat kemudian sapu minyak sedikit agar tidak melekat. Siap. 

2. MEE BUAH NAGA/BEETROOT

2 jenis mee

Bahan-bahan:

  • 40g tepung Cassava Ladang Lima
  • 30g tepung Ubi kayu
  • 20g tepung Beras
  • Air buah naga + telur = 80-85g sebaiknya telur saiz kecil 
  • Salt , black pepper 
  • Air rebusan
  • Sedikit minyak untuk gaul mee

Cara penyediaan: Sama seperti mee bayam.


Selamat mencuba kedua-dua resipi mee homemade ini.

Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN