Hah, ada 11 jenis gula? Mesti ada yang baru tahu kan. Tapi jangan risau, min akan kongsikan informasi ini untuk memudahkan korang.
Macam yang kita tahu, gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang diambil untuk memberikan sumber tenaga ringkas.
Ia boleh diambil secara semulajadi melalui makanan harian atau diambil melalui gula tambahan.
Baca juga: Tips & Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula, Hanya Letak ‘1 Bahan’ Dapur Ini
Pemanis yang lebih dikenali sebagai glukosa itu terdapat dalam majoriti makanan, minuman, serta kuih-muih.
Jadi, jom kita tengok apakah jenis-jenis gula serta kegunaannya untuk masakan serta bakeri.
Gula pasir halus kadang-kadang juga dikenali sebagai gula putih, atau gula “biasa”. Teksturnya halus, membuatkan ia sesuai untuk tujuan baking.
Disebabkan teksturnya yang halus, gula jenis ini mudah cair. Jadi, ia seharusnya disimpan pada suhu bilik dan dijauhi dari api.
Kristal halus dalam gula pasir jenis ini tidak melekat sesama sendiri, jadi ia juga sesuai untuk ditaburkan atas makanan atau dilarutkan dalam minuman.
Gula pasir kasar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang. Ianya sesuai digunakan dalam masakan atau minuman.
Saiz kristal yang lebih besar (kira-kira ukuran garam pretzel) menjadikan gula lebih kuat dan lebih tahan panas.
Gula jenis ini juga membantu memberi sedikit tekstur pada hidangan yang dibakar atau gula-gula. Ia turut digunakan semasa membancuh minuman.
Gula aising mempunyai tekstur yang sangat halus berbanding gula putih yang lain. Teksturnya yang halus diperoleh darpada campurannya dengan tepung jagung.
Kebanyakan orang menggunakannya untuk membuat aising atau frosting dan hiasan kek lain.
Ia juga turut ditaburkan di atas kek atau roti sebagai hiasan dan perasa tambahan untuk pencuci mulut tersebut.
Tekstur gula kastor ini juga sangat halus, membuatkan ianya sesuai dijadikan bahan utama untuk membuat kek dan roti yang gebu.
Disebabkan itu juga, gula kastor ini sesuai digunakan untuk membuat sirap kerana ia akan larut dengan baik dalam minuman sejuk.
Gula tebu ini diproses menggunakan tangkai tebu yang akan dituai dan dihancurkan. Ia akan dijadikan sirap dan dicampurkan dengan kristal gula.
Gula tebu ini rasanya manis dan warnanya perang. Jika anda pilih jenis yang organik, ianya didatangkan dengan manfaat kesihatan dan kualiti yang lebih baik.
Gula melaka atau gula kabung – kedua-dua ini merupakan jenis gula yang sama iaitu jenis palm sugar.
Gula melaka ini mempunyai tekstur yang kasar dan ianya keras. Untuk membahagikannya, anda perlu menggunakan pisau kerana ia juga tebal.
Gula melaka boleh digunakan dalam masakan khususnya sambal untuk menyeimbangkan kepedasan dan kemanisan sambal.
Ia juga turut ditambah dalam kuih tradisional seperti onde-onde atau buah melaka sebagai intinya, memang sedap!
Satu lagi alternatif untuk membuat kek atau biskut ialah gula perang. Berbanding gula putih, gula perang ini menggunakan mempunyai warna coklat yang khas.
Hal ini disebabkan oleh adanya sirap perang yang dicampurkan dengan kristal gula. Dari situlah gula perang terhasil.
Gula perang ini memang lembap secara semulajadi. Disebabkan itu, ia sesuai digunakan untuk membuat kek atau roti yang lembap teksturnya.
Ia juga sesuai digunakan untuk membuat minuman seperti teh, kopi dan coklat untuk rasa gula yang lebih pekat.
Sekali imbas, gula nisan ini kelihatan hampir sama dengan gula melaka. Namun, perbezannya terletak kepada jenis pokok yang dipilih.
Gula nisan ini diproses daripada pokok kelapa, manakala gula kabung atau gula melaka diproses dari pokok kelapa sawit.
Rasa gula nisan ini manis dan berlemak. Disebabkan itu, ia juga turut digunakan untuk mebuat kuih tradisional tempatan.
Berbanding gula melaka, gula nisan ini lembut dan mudah dipatahkan. Jadi, ianya juga mudah cair.
Ia mempunyai rasa gula yang kuat, sedikit pahit, dan warnanya lebih pekat dan gelap berbanding sirap gula yang lain.
Gula hitam digunakan sebagai pemanis dalam kek, roti, biskut, sos manis dan juga casserole. Ia juga boleh disapukan pada daging untuk perapan.
Sirap gula merupakan cairan pekat yang terdiri daripada larutan gula di dalam air. Ia mengandungi sejumlah besar gula terlarut.
Antara jenis sirap gula yang digunakan ialah sirap jagung dan sirap emas. Kedua-duanya mempunyai beza dari segi warna dan cara pemprosesan.
Sirap emas ini berwarna keemasan manakala sirap jagung berwarna jernih. Sirap emas mempunyai rasa seperti gula karamel manakala sirap jagung mempunyai rasa manis yang biasa.
Stevia merupakan gula alternatif yang didatangkan dalam bentuk cecair atau serbuk.
Ia adalah pengganti gula yang dibuat dari daun tanaman stevia. Berbanding gula biasa, ia tidak mengandungi karbohidrat, kalori, atau bahan buatan.
Ia juga dikaitkan dengan beberapa faedah kesihatan seperti mengurangkan kadar gula dalam darah dan mencegah kaviti pada gigi.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…