Kalau anda jarang-jarang pergi ke Starbucks, past akan keliru setiap kali nak pesan minuman di sana kan.
Buat yang belum tahu, rupanya kita boleh ‘reka’ sendiri minuman kita. Sebab itulah banyak menu-menu rahsia yang dicipta oleh orang ramai.
Untuk mengetahui menu-menu rahsia tersebut, jom lihat 10 ‘secret menu’ dari Starbucks di bawah yang anda boleh cuba sendiri dan mungkin boleh dijadikan ilham.
10 ‘Secret Menu’ Starbucks Wajib Cuba
1. Upgraded Java Chip Frappuccino
- Pesan 1 Java Chip Frappuccino
- Sirap Hazelnut
- Dark Mocha
- Baked Almonds (topping)
2. Butterbeer Frappuccino
Peminat Harry Potter mesti pernah dengar tentang Butterbeer. Tak, jangan risau, diorang tak letak bir pun dalam menu ni. Tapi yang penting minuman ni sedap sangat! Lemak berkrim macam tu.
- Pesan 1 Creme Frappucino dengan whole milk
- Sirap Toffee Nut (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
- Sirap Caramel (4 pam untuk venti, 3 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
- Tambah Whipped Cream (jika suka)
- Caramel drizzle
3. Ferrero Rocher Frappucino
Kalau anda tergolong dalam kalangan orang yang suka gabungan coklat dan hazelnut, anda boleh cuba menu rahsia ni. Lagi best kalau anda bawa siap-siap coklat Ferrero Rocher supaya boleh hiaskan di atasnya.
- Pesan 1 Double Chocolate Chip Frappucino (Kalau anda nak kafien pilih Java Chip)
- Sirap Hazenut (2 pam untuk venti, 1.5 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
- Sirap Mocha (3 pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
- Hazelnut drizzel sebagai hiasan (Tak semua cawangan ada jadi tak bubuh pun boleh)
- Masukkan apa-apa snek coklat yang anda ada.
- Boleh tambah whipped cream mengikut citarasa masing-masing.
4. Chocolate Chip Cookie Dough Frappucino
Kalau ada yang suka makan doh biskut bolehlah cuba menu ni. Rasanya memang sama!
- Pesan 1 Chai Creme Frappuccino
- Dibancuh dengan susu soya
- Kisar dengan whipped cream dan Java Chips
- Cinnamon Dolce syrup (3 pam untuk venti, 2.5 pam untuk grande, 2 pam untuk tall)
- Hias dengan Chocolate Whipped Cream dan Mocha Drizzle
5. Toffee Nut Frappuccino
Toffee Nut Frappe ini lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas. Tetapi alang-alang nak cuba tu, apa salahnya kita tambah baik sedikit menunya kan?
- Pesan 1 Toffee Nut (Lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas)
- Frappuccino chips
- Chocolate Drizzle
- Caramel Drizzle
- Tambah 1 skop aiskrim
6. Caramel Almond Macchiato
Menu rahsia ini tidaklah susah seperti yang lain. Tetapi kadang-kadang, perubahan yang sedikit pun boleh mengubah segalanya!
- Pesan 1 Caramel Macchiato
- Pilih susu Almond
- Caramel Drizzle sekeliling cawan
7. Red Velvet Frappuccino
Jarang sekali ya nak cari minuman yang betul-betul dikisar dengan kek. Peminat tegar kek berperisa Red Velvet perlu cuba menu rahsia ni. Satu dalam sejuta!
- Pesan 1 Cream Frap
- Tambah sepotong kek red velvet (kisar separuh)
- Whipped Cream
- Taburkan lagi separuh kek ke atas Whipped Cream sebagai hiasan.
8. Snickers Frappuccino
Snek Snickers memang terkenal dengan inti karamelnya yang liat dan likat. Sekiranya anda nak rasa minuman yang kaya dengan rasa karamel, anda kena cuba menu rahsia ni.
- Pesan 1 Java Chip Frapp
- Sirap Toffee nut / sirap Peppermint (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
- Hazelnut Drizzle di sekeliling cawan
- Whipped Cream
- Mocha Drizzle
9. Nutella Frappuccino
- Coffee Frappuccino
- Hazelnut syrup (1.5 pam untuk venti, 1 pam untuk grande, 1/2 pam untuk tall)
- Mocha syrup (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
- Kisar sekali dengan Whipped Cream
- Hias dengan Whipped Cream dan sirap Caramel (jika suka)
10. Green Tea Frappuccino Chips
Teh hijau pernah menjadi satu kegilaan di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Tapi memang tak dinafikan, rasanya sangat unik dan enak. Lebih-lebih lagi bila ditambah perisa pudina. Cubalah sendiri1
- Pesan 1 Green Tea Frap
- Susu rendah lemak
- Sirap Caramel / lebih digalakkan sirap Peppermint (3 pam untuk venti, 2 pam untuk grande, 1 pam untuk tall)
- Whipped Cream
- Chocolate Drizzle
- Tambah Mocha Chips
Kredit: Halal Foodie