Selalu beli sayur sayuran tapi cepat layu? Atau malas nak ulang-alik ke pasar setiap minggu? Sebenarnya, ada banyak sayur hijau yang tahan lebih seminggu kalau disimpan dengan betul.
Dengan pilih sayur yang tahan lama, anda boleh jimat masa, elak pembaziran dan masak bila-bila masa tanpa risau ia rosak. Tak perlu dah buang sayur lembik atau berair dalam peti.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 jenis sayur hijau yang segar lebih lama dan sesuai untuk stok mingguan. Nak tahu apa dia? Jom teruskan baca!
Baca juga: Cara Masak Setiap Jenis Seafood Dengan Masa Yang Betul, Baru Tak Liat & Kecut!
1. Kubis (kobis bulat atau kobis cina)
Sayur ini boleh simpan sehingga 2-3 minggu dalam peti sejuk. Cukup simpan dalam plastik berlubang atau bekas bertutup dan ambil ikut keperluan tanpa perlu potong semua sekaligus.
2. Sawi/sawi bunga
Jika dibungkus kemas dalam plastik dan tidak dibasuh sebelum simpan, sawi boleh tahan 7-10 hari. Air yang berlebihan boleh buat ia cepat layu atau busuk.
3. Kangkung
Walaupun nampak lembut, kangkung boleh tahan sehingga seminggu jika dibalut dengan tisu dapur untuk serap kelembapan dan disimpan dalam bekas bertutup.
4. Bayam hijau (bayam kampung / bayam Brazil)
Bayam tahan 5-7 hari jika disimpan dalam bekas tertutup dan pastikan tiada air bertakung. Bayam mudah lembik kalau terlalu lembap, jadi keringkan dulu sebelum simpan.
5. Timun Jepun (zucchini)
Timun Jepun tahan sehingga 1-2 minggu dan sesuai disimpan di tempat sejuk yang tidak terlalu lembap. Elakkan menyimpannya bersama buah-buahan yang menghasilkan gas etilena (epal, pisang, tomato dan lain-lain) kerana ia mempercepatkan kerosakan.
6. Kacang peas (snap peas / snow peas)
Kacang peas tahan 7-10 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara dan dalam keadaan kering. Kalau terlalu lembap, ia mudah lembik dan tak lagi rangup.
7. Brokoli
Brokoli sesuai disimpan dalam peti sejuk selama 7-10 hari. Pastikan ia tidak basah dan simpan dalam plastik berlubang atau balut dengan tisu dapur supaya tidak cepat kuning atau berlendir.
8. Kacang panjang
Kacang panjang boleh tahan 1-2 minggu jika disimpan dalam bekas tertutup tanpa air. Elakkan menyimpannya dalam keadaan basah kerana ini akan mempercepatkan proses reput.
9. Bendi
Bendi mudah lembik jika terkena air, jadi pastikan ia disimpan dalam bekas kering, terbuka sedikit atau dengan penutup yang longgar supaya ada pengudaraan.
10. Peria
Peria tahan lebih seminggu jika disimpan kering dalam laci sayur. Ia sebaiknya tidak dipotong dan disimpan terus dalam bentuk asal supaya kesegarannya terpelihara.
Tip Tambahan:
Sumber: Prevention
Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…