Categories: Halal Travel

10 Negara Bajet Dengan Pilihan Makanan Halal Sedap & Murah, Jalan-Jalan Tanpa Risau!

Kalau anda seorang ‘food hunter’ yang suka mencuba pelbagai makanan dan dalam masa sama nak jimat poket, anda memang wajib baca sampai habis! Tak perlu belanja besar untuk menikmati makanan halal yang lazat di luar negara.

Ada banyak destinasi mesra Muslim yang bukan saja penuh dengan pilihan makanan halal, malah harganya pun sangat berpatutan. Jom kita tengok 10 negara bajet yang sesuai untuk anda jalan-jalan cari makan halal!

Baca juga: Tempat Makan Halal Di Ho Chi Minh, Ini Senarai Port Muslim Wajib Singgah, Terutama No. 6!

10 Negara Bajet Dengan Pilihan Makanan Halal Yang Sedap & Murah!

1. Pattani, Thailand

Asyik cuti ke Hatyai saja? Apa kata tukar angin ke Pattani pula! Makanan di sini memang lebih sedap dan murah berbanding Hatyai dan yang paling penting, semuanya Halal.

Perjalanan dari Imigresen Golok ke Pattani mengambil masa lebih kurang 3 jam. Selepas jalan-jalan di Pattani, bolehlah singgah ke Narathiwat sebelum pulang.

(Sumber: Oja Fellyna)

2. Yunnan, China

Yunnan adalah sebuah daerah di China yang kini semakin menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia. Selain pemandangannya yang memukai, kawasan ini juga mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Disebabkan itu, mudah untuk cari makanan halal yang sedap dan murah di sini.

Bayangkan menikmati hidangan tempatan yang enak, murah dan halal sambil dikelilingi gunung, tasik dan budaya unik yang pasti membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta

3. Indonesia

Indonesia adalah salah satu destinasi popular yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Dengan pelbagai daerah yang kaya dengan budaya, setiap tempat menawarkan keunikan tersendiri.

Setiap kawasan di Indonesia juga memiliki hidangan khas yang menggoda selera. Sebagai contoh di Padang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi padang yang terkenal dengan pelbagai lauk-pauk berempah dan kaya rasa.

5. Hanoi, Vietnam

Hanoi, yang terkenal dengan hidangan pho, adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong Muslim sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!

Tapi, adakah Hanoi mesra Muslim? Anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa terdapat banyak kedai makan halal di sana!

(Sumber: HHWT)

6. Brunei

Makanan di Brunei, terutamanya di kedai makan tempatan agak berpatutan. Makanan halal yang enak seperti nasi katok, nasi ayam dan mi boleh didapati dengan harga sekitar RM10 hingga RM20 setiap hidangan.

Walau bagaimanapun, jika di restoran mewah, harganya mungkin lebih tinggi. Jadi, anda boleh memilih kedai makan yang sesuai dengan poket masing-masing.

7. Mesir

Makanan di Mesir juga sangat berpatutan, terutamanya jika anda memilih untuk makan di kedai makan tempatan atau kedai jalanan.

Hidangan seperti falafel, koshari dan shawarma boleh didapati dengan harga sekitar RM5 hingga RM15. Makanan di restoran mewah pula lebih mahal, tetapi masih lebih murah berbanding negara-negara Barat.

8. Bosnia

Bosnia adalah salah satu negara yang patut ada dalam senarai percutian anda. Ia merupakan syurga makanan dengan banyak pilihan makanan halal, kerana majoriti penduduk di sini adalah Muslim.

(Sumber: skydew_travel)

9. Uzbekistan

Uzbekistan agak lebih maju berbanding Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Walaupun begitu, harga tiket metro, makanan, serta tiket masuk ke tempat menarik masih dalam kategori murah.

Sebagai contoh, harga tiket metro di Tashkent sekitar 2,000 som, bersamaan RM0.81, manakala harga makanan pula sekitar 25,000 som, iaitu RM10.17.

(Sumber: Ayu Hasman)

10. Sri Lanka

Sri Lanka adalah destinasi bajet yang menarik dan sering kali dianggap ‘underrated’. Negara ini mempunyai banyak tempat yang menakjubkan, pemandangan gunung ganang yang cantik, hingga Teh Ceylon yang terkenal dan sangat sedap. Pasti buat hati terasa ingin kembali lagi!

Makanan halal di Sri Lanka pula sangat mudah dicari dan harga makanan di sana sangat berpatutan. Hidangan lengkap biasanya berharga sekitar RM14 dan portion yang disediakan cukup untuk 2-3 orang makan.

(Sumber: Fikri Rosli)

Baca juga: Syurga Makanan Muslim, Ini 7 Tempat Makan Halal Di Hatyai Yang Wajib Cuba!

 

 

REV Media Group melalui MyResipi, SirapLimau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin. Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik. Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Wan N

Recent Posts

Resepi Maggi Goreng Carbonara Sambal Hijau, Pedas Berlemak Padu

Maggi goreng carbonara sambal hijau kini menjadi antara resepi viral yang semakin popular. Gabungan rasa…

26 mins ago

Nak ‘Battle’ Sambal Nyet Bilis KA Esok Lagi Laju? Ini Tip 5 Pemenang NZ Tahun Lepas Yang Dah Berjaya

Produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila usahawan…

3 hours ago

Resipi Sardin Telur Petai Berkuah Pekat, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Mengancam!

Kalau sedang mencari idea menu menggunakan sardin tin, apa kata jom cuba resepi sardin telur…

5 hours ago

Resipi Ikan Sepat Masin Goreng Bawang, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas!

Ikan sepat masin merupakan antara lauk kampung yang ramai peminat kerana rasanya yang masin, rangup…

7 hours ago

Resipi Nasi Goreng Bawang Putih, Hanya Guna 3 Bahan Pun Boleh Jadi Sesedap Ini!

Nasi goreng bawang putih memang antara menu paling mudah disediakan apabila di rumah hanya ada…

9 hours ago

Cara Masak Kerang Supaya Isi Tak Melekat Pada Kulit, Rupanya Jangan Rebus Terlalu Lama

Cara masak kerang yang betul sebenarnya lebih penting daripada yang ramai sangka. Walaupun menggunakan kerang…

12 hours ago